Gambar Hiasan |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.
"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.
"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini. - BERNAMA
MMI kata rakyat Kelantan perlu bijak dalam membuat pilihan dan seharusnya mereka keluar dari kepompong di pergunakan oleh juak-juak PAS yang saban tahun menipu rakyat demi kuasa politik.
Fikirkan hanya anda yang mampu merubahnya..
MMI.
No comments:
Post a Comment