Followers

Sunday 20 January 2013

Jangan USIK Melayu !!


Kerja politikus kita ialah mengusik. Mereka yang menceburi bidang kerjaya politik sememangnya memiliki bakat menyerlah dalam seni menimbulkan kacau-bilau, kata Tunku Aziz.

Dalam kupasannya di NST hari ini tentang kemelut kalimah Allah, Tunku Aziz menegaskan bahawa kaum Muslim di Malaysia sudah terpaksa menggariskan batasan sempadan waima tindakan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng mengusik orang Melayu dan agama Islam.

“Is it too much to ask Lim to leave the Malays and their religion well alone?” tulis Tunku Aziz dalam rencananya "Man Passion For Making Mischief "

Tambah Tunku Aziz lagi:

“The threat of a serious rift between Muslims and Christians is real and the reality consequent upon Lim’s proposal [on the use of the 'Allah' word] is too terrible to contemplate. There is, in my view, nothing more vicious and cruel than a religious conflict.”

Beliau juga mengingatkan pembaca tentang peristiwa berdarah yang meletup di salah sebuah pulau [Ambon] yang terletak di Nusantara di antara orang Kristian dan Muslim.

Tunku Aziz turut mendakwa bahawa Guan Eng sengaja mencaturkan adunan politik bersama agama sebagai satu langkah memecah-belahkan perpaduan Melayu.

Beliau merumuskan bahawa:

“Malaysian politics must be inclusive, and given the complex nature of our society, there is no place for the likes of Lim and the rest of his Pakatan Rakyat cohorts whose philosophy of nation-building may be fairly described as political philistinism at best.” sumber 

Tunku dah berpesan dan sudah pasti ramai lagi Melayu di luar sana yang turut mempunyai pesanan yang sama iaitu "JANGAN SESEKALI USIK MELAYU" kerana satu kesilapan walaupun kecil MMI yakin ianya mampu mengakibatkan negara huru hara.

Oleh itu sama-sama kita jauhkan perkara-perkara sebegini..Malaysia perlu bergerak terus kedepan untuk itu ianya memerlukan sokongan semua pihak supaya kejayaan itu nanti milik kita semua.

Hati-hati dengan anasir seperti ini...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels