Followers

Monday 28 January 2013

LIDAH BERBELIT Ulama Apa Hang ??


Terbaiklah !! Itu saja yang mampu MMI ungkapkan apabila melihat gambar diatas.Kelihatan dalam gambar adalah Nik Aziz Alamak yang selalu bikin ribut tengah syok nak potong kek.Hahaha bukan main lagi seronoknya Nik Aziz dapat sama-sama sambut dengan sahabat sesyurga dia sapa lagi kalau bukan Karpal yang tak boleh nak belayar tu..

Paling MMI suka adalah kelibat si Salleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang baru saja dilantik sebab ehsan dari Guan Eng terhegeh-hegeh dok pulun sama mungkin dah tak sabar nak makan kek yang ada lambang PAS tu !!

Apa pun memang bengong la PAS ni, ALAMAK yang disanjung mereka perangai macam ni. Orang sambut Maulidur Rasul dia kata meniru budaya Kristian. 

Sambut happy birthday potong kek ni jugak yang Nik Aziz melonjak keriangan. Budaya ni boleh pulak ye wahai Nik Aziz?? 

Gambar ini diambil ketika Nik Aziz berada di Penang semalam.Rakyat Kelantan merana hidup melarat, Menteri Besarnya boleh pula sambut Thaipusam di Penang bersama Karpal Singh. Perjuangan Islam PAS hanya dimulut saja. 

Malamnya Nik Aziz bagi ceramah di surau berhampiran dengan hotel yang didudukinya di Bkt Jambul.

Boleh pula duduk hotel noo ? pasai apa tak duduk di reban ayam ja !! Sebelum ni juak-juak sengal PAS bukan main lagi cerita dekat MMI yang Nik Aziz ni bukan macam pemimpin UMNO duduk di hotel-hotel mewah bila ada program , dia duduk dekat rumah-rumah ahli PAS saja !! Pegiirahhh....

Macam biasa ceramah beliau mesti keluar 'Fatwa Politik' dan maki hamun fitnah Kerajaan dan pemimpin BN. Dalam rumah Allah S.W.T pun nak cerita politik tak ada hormat langsung. 

Maklumat dari sumber dalaman DAP Penang bagitau ceramah semalam tu bukan pihak AJK surau tersebut yang menjemput Nik Aziz tetapi yang jemput ADUN Sri Delima. 

Kalau korang nak tau, ADUN inilah yang merosakkan Kg Buah Pala dan kebetulan Kg Buah Pala berada di kawasannya. YB Rayer PERNAH MENGGELARKAN orang Melayu P.Pinang sebagai penyokong MONYET semasa demo bantahan terhadap Guan Eng kerana memanjat pagar.sumber

Eloklah buatlah selagi masih ada kudrat tu..besok-besok kalau dah tak larat tak boleh buat dah !!

Psstt mana pi juak-juak PAS yang lain ? awat tak pi join sekali layan kek yang Nik Aziz potong tu ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels