Followers

Monday, 28 January 2013

RELEVANkah Isu Pengaharaman HINDRAF Di Tarik Balik ???


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Keputusan kerajaan untuk menarik semula pengharaman selama empat tahun ke atas Hindraf untuk memenangi undi kaum India tidak begitu mudah apabila kumpulan yang kini “halal” itu berikrar untuk meneruskan tuntutan mereka sebelum pilihan raya 2008 dahulu.

Ini terjadi walaupun ramai menganggap kumpulan tersebut sudah berpecah kepada beberapa fraksi beberapa tahun kebelakangan ini semenjak mereka mengetuai perhimpunan lebih 30,000 masyarakat India di ibu negara pada tahun 2007.

Apabila dihubungi semalam, pemimpin Hindraf mengatakan penarikkan pengharaman” bukanlah sesuatu yang perlu dirayakan”, kerana ia hanyalah peringatan tentang kekejaman musuh politik mereka, dimana hanya dengan satu tandatangan, hak mereka boleh dirampas atau dipulangkan semula.

“Tidak ada apa yang hebat langsung. Apa yang kami mahu, apa yang kami perlu cari adalah pampasan. Dan 18 tuntutan sebelum ini.. masih kekal.

“Kita mesti pastikan mereka bayar kembali di atas apa yang mereka telah lakukan kepada masyarakat India,” kata Penasihat Undang-undang Hindraf M. Manoharan kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Seorang lagi rakan Hindraf P Uthayakumar mengeluh dengan tindakan undang-undang selama empat tahun terhadap pergerakkan itu dan kebanyakkannya masih tertangguh di mahkamah.

“Kami masih ada rayuan yang tertangguh di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac tentang permohonan Hindraf untuk di’halalkan’…dan kini kes tersebut sudah menjadi akademik.

“Kami juga mempunyai 54 orang aktivis Hindraf yang didakwa kerana terlibat dengan perhimpunan organisasi haram…semua itu masih tertangguh,” katanya.

Dua aktivis tersebut diantara “Lima Hindraf” yang dihantar ke Kem Tahanan Kamunting dibawah undang-undang yang sudah dipinda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), percaya perjuangan Hindraf masih jauh sebelum berakhir.

“Perjuangan masih diteruskan. Sehingga kami melihat masyarakat India, dilayan sama rata, dilayan dengan adil, ini yang kita akan lakukan.

“18 perkara kami… Saya secara peribadi tidak akan berkompromi dengan tuntutan ini,” kata Manoharan yang juga ahli DAP.

Diantara kunci kepada tuntutan ini adalah hak dan peluang samarata kepada semua kaum di Malaysia dan meminda Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menggariskan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu.

“Jadi jika kerajaan melakukan ini, mencabut pengharaman untuk bermain politik, untuk bermain dengan sentimen masyarakat India. Apa yang kami mahukan adalah hak asas kami,” tambah Manoharan.

Disisi lain pemimpin Barisan Nasional (BN) kelihatan bersungguh-sungguh menggunakan penarikkan pengharaman terhadap Hindraf pada malam sebelum Thaipusam dan beberapa bulan sebelum pilihan raya untuk keuntungan mereka.

Langkah tersebut boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang menyokong Hindraf sebelum ini untuk kembali menyokong BN kerana pentadbiran Najib dilihat mengambil berat dan menunaikan permintaan mereka.

Setiausaha Agung MIC Datuk S Murugessan mengatakan sama ada halal atau tidak, Hindraf terus beroperasi seperti pertubuhan haram dan hasilnya, pergerakkan tersebut bukanlah sekuat dahulu.

“Dengan fakta ianya sudah berpecah banyak kali dan pemimpinnya tidak boleh bersetuju dengan banyak isu,” katanya.

Sesungguhnya, dalam Hindraf atau lebih dikenali sebagai Hindu Rights Action Force, banyak yang telah berlaku selepas pergerakkan tersebut memimpin lebih 30,000 kaum India yang marah berarak menentang kerajaan beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 yang bersejarah.

Kumpulan tersebut dilihat berpecah, dengan sesetengahnya menyertai Parti Makkal Sakhti Malaysia (MMSP), yang menyokong BN dan selebihnya menyertai parti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP dan PKR.

Hindraf sendiri kelihatan mengecil dan terima kasih kepada penarikkan semula pengharaman, kumpulan tersebut kembali meneruskan perjuangan mereka.

Bagi Murugessan dari MIC, apa-apa perjuangan untuk hak kaum India dialu-alukan selagi ianya tidak melampai batas dalam negara pelbagai kaum dan agama ini.

“Sesetengah perkara diperjuangkan Hindraf bertindih dengan sasaran MIC.

“Tentang itu, kami bersetuju dengan mereka. Tetapi MIC mempunyai cara sendiri walaupun tidak dramatik, akan tetapi mementingkan kepentingan negara,” katanya.sumber 

Dalam suasana politik dan tempoh masa bagi menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama saja lagi , Sejauh manakah relevannya pengharaman HINDRAF di tarik balik ?? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels