Ai semacam ja ni ?? Nak kalih mai sokong BN ka ? Senyum-senyum lagi..Boleh percaya ka Nuar ni ? Ka saja nak pegang tangan Najib maklumlah dah lama tak merasa...
Anwar ibrahim hari ini mengubah nada apabila “memuji” usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan keamanan di Gaza.
Minggu lalu, Anwar membidas Najib kerana membuat lawatan ke Gaza yang dikuasai oleh pihak Hamas dan tidak mengunjungi Tebing Barat yang ditadbir oleh pihak Fatah.
Ketika itu, Anwar menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu hanya gimik politik untuk memenangi undi Melayu di Malaysia.
Hari ini selepas menerima kujungan Menteri Kabinet Hamas, Walid Amudi, Anwar berkata sokongan PKR untuk pihak yang membantu memperbaiki nasib penduduk Gaza tidak berbelah bahagi.
"Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak walaupun baru kali pertama beliau ke sana," katanya.
Lawatan Almudi ke ibu pejabat PKR hari ini menyusul selepas rombongan Perdana Menteri mengunjungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyyah selain meninjau tapak-tapak kemusnahan akibat rejim Zionis di Gaza.
Najib terpaksa mengakhiri lawatannya di Gaza, tanpa ke Tebing Barat kerana rejim Tel Aviv enggan memberi persetujuan untuk pesawat rombongan Malaysia menggunakan ruang udara berkenaan.
Walid berkata pihaknya amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak memberikan bantuan untuk membela umat Islam Palestin.
"Kami yakin seluruh umat Islam akan membebasan Masjid Al-Aqsa. Semoga Allah terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media sebentar tadi.antarapos
Pusing memang itulah kerja buat si Nuar ni .. Kalau hati ikhlas dah lama sebelum Najib berangkat ke Gaza lagi Anwar bagi sumbangan tu..Nampak sangat ! berapalah yang dibayar si Nuar tu pada mereka....
MMI.
Terima kasih tuan sokong blog Tukar-kelate.
ReplyDelete