Followers

Sunday, 10 February 2013

Alah Guan Eng Malu-Malu Pula !!!


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum dapat mengesahkan kehadirannya ke Program Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang berlangsung di Kolej Han Chiang di sini, esok. 

Guan Eng ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, berkata beliau akan memaklumkan sendri status kehadirannya ke program itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata: "Saya akan beritahu sendiri (kehadiran) kepada Perdana Menteri, awak (wartawan) tunggu sidang media selepas ini kerana saya perlu melayan tetamu,"katanya. 

Guan Eng berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) di sini, hari ini. 

Kira-kira 3,000 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Bagaimanapun, kumpulan wartawan yang menunggu Guan Eng untuk sidang media dijanjikan kecewa selepas Ketua Menteri itu enggan berbuat demikian. 

Difahamkan, BN Pulau Pinang sudah menghantar surat jemputan Isnin lalu kepada Guan Eng dan barisan EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP untuk menghadiri Program Rumah Terbuka 1Malaysia yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 tetamu esok. 


Alah Guan Eng malu-malu pula..semua orang dah tau laa datang ja lah , nak malu apanya ! sebelum ni bukan main lagi last-last buat-buat sibuk pula...

MMI.

2 comments:

  1. LGN tak mampu nak tarik pengundi lagi lah tu

    ReplyDelete
  2. Tkut tkna pepatah..ludah klangit,last2 jatuh kt muka sndri..kan3..??

    ReplyDelete

Labels