Followers

Wednesday, 20 February 2013

DUN Selangor BUBAR ?!!


Sah DUN Selangor hampir pasti bubar Jumaat atau Ahad ini ! Ianya diperkukuhkan dengan satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor .

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Sulaiman Abdul Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Surat pekeliling itu menyatakan yang pejabat pentadbiran Dewan Negeri telah mengambil langkah awal dengan memberhentikan pembayaran elaun bulanan kepada ADUN melalui ‘payroll’ mulai Februari 2013 sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Sehubungan itu, elaun berkenaan selepas ini akan dibayar melalui baucer secara berasingan.

Dengan edaran surat ini, makin jelas kerajaan negeri dipercayai akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini membayangkan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.Mengikut kalendar Cina, Chap Goh Meh jatuh pada hari Ahad ini, mungkinkah DUN terus dibubarkan selepas itu seperti seperti mana yang diperkatakan?

Atau mungkinkah Jumaat ini dipilih Khalid sebagai memberkati penghulu segala hari itu?



Sementara itu Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembubaran Dun sewajarnya dilakukan serentak dengan Parlimen bagi elak kekeliruan.

Ketika ditanya sama ada pengumuman awal ini dibuat untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya bubar Parlimen lebih awal, beliau berkata, faktor psikologi ini juga berkemungkinan berlaku.

Namun katanya, rakyat pastinya akan mempersoalkan mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak berbuat perkara yang sama.

“Mengapa hanya Selangor, tidak bagi Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah,” katanya.mynewshub 

Apa sekalipun yang berlaku negara kini diambang pilihan raya..Sudah semestinya pengumuman pembubaran Parlimen dan DUN dinantikan khususnya oleh seluruh jentera parti.Satu perkara yang harus diingat adalah gerak kerja dan persiapan jentera perlulah dipersiapkan kerana peperangan kali ini sudah pasti lebih dasyat dan kritikal dari peperangan sebelumnya.

Psstt masih dok tunggu Tokong Guan Eng nak bubar di Pulau Pinang....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels