Followers

Friday 1 February 2013

Selamat Tinggal PAS !!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.

Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.

"Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli Pas berikutan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti.kosmo 

Maka dengan itu sahlah Nasharudin kini bukan lagi ahli PAS.Apa pun yang berlaku ianya adalah perkara biasa dalam dunia politik cumanya MMI mahu berkongsi dengan semua berkenaan sikap para juak PAS mendepani isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Percaya atau tidak juak-juak PAS yang dulunya begitu taat dan setia menyokong Nasharudin kini mencaci beliau hanya kerana bersama UMNO dan YAB PM dalam misi ke Gaza dan kerja-kerja menyelamatkan akidah orang Islam.

Berikut adalah komen dari blog asd 


Inilah perjuangan PAS baru setelah kematian Ustaz Fadhil Noor , Agama Islam dijadikan sebagai senjata untuk mengaburi mata rakyat tiada lagi asas perjuangan yang tinggal hanyalah keinginan untuk berkuasa dan perasaan bongkak bahawa merekalah yang terbaik dalam semua perkara.

Bersekongkol dengan bukan Islam dilihat lebih baik daripada membantu sesama Islam ! Itulah PAS hari ini...

Tahniah dan Selamat Tinggal PAS !!

MMI.

1 comment:

  1. pengikut PAS adalah anak2 kepada abdullah bin saba' yahudi pengasas fahaman SYIAH....
    diorg ni tak tau kot yang syiah ni adalah musuh kepada ahli sunnah dan fatwa syiah adalah syurga syiah kepada sesiapa yang dapat membunuh mana2 imam ahli sunnah. kalau dato' presiden puppet PAS ni menyokong perjuangan syiah yg sesat drp islam sebenar, dah tentu la semua ahli pun sesat jika terus mengikut.... bila org kata PAS tu sesat marah, nak bunuh org... kata ustad aku " nabi pernah kata, akan tumbuh dua tanduk syaitan dari asfahan " asfahan tu kat mana lagi, kat iran laaa !!!!! dan kematian as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah atas kerjasama sulit intelligence mossad dan agen syiah iran betul2 beberapa langkah arwah keluar drp rumahnya .. !!!! Arwah dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire....

    ReplyDelete

Labels