Followers

Saturday, 23 February 2013

Tu Dia Video Kempen Nik Aziz Sempena PRU13 BOCOR Mesti Tengok !!!!


Ketika seluruh jentera parti tidak kira sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang kini masing-masing sibuk melakukan persiapan akhir bagi menghadapi pilihanraya paling sengit dalam sejarah negara Malaysia PAS nampaknya mengorak langkah setapak lagi.

Jentera kempen parti PAS kali ini bakal menyaksikan satu perubahan apabila mekanisma kempen melalui video turut menjadi pilihan barisan pengarah strategik pilihanraya mereka.

Juak-juak pencacai PAS hampir pasti gembira dengan pengumuman ini kerana mereka bukan saja akan menjalankan kerja-kerja kempen di akar umbi tetapi akan turut di sokong dengan unit media yang telah menghasilkan video khas bagi menambahkan lagi keberkesanan kempen mereka.

Setakat ini video tersebut belum lagi disiarkan dalam mana-mana media dan ianya menjadi rahsia atau kejutan kepada parti lawan apabila tiba masanya nanti.Malah video kempen tersebut turut menampilkan Nik Aziz sebagai watak utama.

Melalui sumber dalaman yang membocorkan maklumat ini kepada MMI , rata-rata macai dan pemimpin PAS kini amat berbangga dan tak sabar-sabar untuk menayangkannya kepada seluruh rakyat.

Agak mengejutkan juga apabila MMI di maklumkan yang video ini sudah pun diluluskan tayangannya oleh pihak kerajaan yang hanya menantikan masa untuk disiarkan.

Video ini di terima untuk disiarkan di semua saluran media kerana pihak kerajaan mahu membuktikan bahawa saluran media tidak di sekat seperti mana yang sering di momokkan oleh juak-juak pembangkang.

MMI yakin ramai diantara ampa semua tidak sabar untuk mengetahui bagaimanakah video kempen tersebut dan apakah pengisiannya.Untuk makluman MMI mempunyai salinan video tersebut dan bagi tidak menghampakan ampa semua MMI siarkan video tersebut seperti di bawah.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
    

Memang terbaiklah ! video kempen ini sudah pasti bakal mencecah jutaan pengunjung sedikit masa lagi...Seperkara yang perlu ampa semua tahu adalah segala ayam dan lembu yang dimaksudkan oleh Nik Aziz ni adalah terdiri daripada juak-juak pencacai dan penyokong PAS yang sudah pun menerima wang bantuan dari kerajaan sebelum ini.

MMI tumpang simpati kerana Nik Aziz sendiri sanggup menyamakan penyokong-penyokongnya dengan binatang seperti ayam dan lembu.

Psstt di Pulau Pinang Guan Eng bagi duit dekat rakyat juga dan kebanyakkannya yang menerima duit tersebut adalah penyokong dan juak-juak PAS jadi memang kenalah dengan apa yang Nik Aziz kata.

Jadi kepada ayam dan lembu PAS , TAHNIAH dan selamat berbelanja..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels