Followers

Thursday, 7 March 2013

Bang Non Kita SIBUK Rupanya !!


Pada ketika banyak pihak di Malaysia mula menuding jari kepada Anwar Ibrahim apabila dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu , Anwar Ibrahim dilihat terkial-kial mencari alasan bagi menyelamatkan dirinya daripada terus-terusan di tuduh.

MMI bukan nak menuduh tetapi memang Anwar ni terlibat.Sudah banyak pihak yang mengeluarkan kenyataan beserta bukti bergambar menunjukkan Anwar sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka yang mempunyai kaitan dengan puak penceroboh.

Tetapi sehingga kini beliau masih menafikan keterlibatannya malah siap saman lagi media arus perdana yang dituduh pro UMNO.

Bagi MMI dah tak kisah sangat dah bab saman menyaman dari Anwar ni sebab memang itulah kerjanya sejak di pecat dari kerajaan.

Cumanya kali ini agak pelik sedikit , Anwar saman media tempatan sedangkan berita tersebut datangnya dari media negara luar Filipina.Apa hal Anwar ni ? Bila wartawan tanya , dia spin seribu darjah lepas tu ayat sempoi pun keluar lagi "i saman u" haha apa punya baqhal la dia ni.


Macam biasa juga Anwar akan berusaha untuk menyelamatkan dirinya walau dengan apa cara sekalipun.Ampa semua jangan buat-buat lupa pula pernah berlaku dulu tu tiba-tiba saja Anwar dah ada dekat kedutaan Turki.Ingat lagi dak ??

Kali ni pun sama cuma caranya berbeza , Anwar kini dengan angkuhnya berkata “Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

“Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut,” kata Anwar kepada pemberita selepas penutupan Persidangan Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Selasa.


Ampa nak tau apa berlaku selepas tu ? Anwar kata dia tak dapat terima tawaran tu lagi sebab SIBUK !! Hahahaha agak-agak lah , sibuk mana la sangat lagipun ini kes besar ni sampai tahap pengkianat negara ni gang!

Tapi bagi MMI apa nak hairan , Anwar memang pengkianat negara pun tak cukup dengan tu dia ni juga pengkianat kepada bangsa dan agama Islam.rasanya tak payah MMI ulas panjang bab ni sebab ramai yang dah sedia maklum.Paling tidak pun tengok balik isu kalimah Allah.

MMI "refresh" sikit kat ampa , laporan Philippines Daily Inquirer pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Bayangkan kenyataan yang dibuat oleh media-media asing tersebut secara jelas ianya merujuk terus kepada Anwar Ibrahim dan dalam keadaan ini Anwar boleh pula kata dah dapat tawaran tapi tak boleh buat sekarang sebab SIBUK !! 

Alo gang ini bukan Anwar laa..dia tak akan lepaskan peluang semacam ni melainkan ianya ada sesuatu.

Persoalan pertama yang harus ampa semua fikirkan kenapa Anwar melengah-lengahkan peluang tersebut ?

Keduanya dalam keadaan tertekan sebegini aka KANTOI , Anwar perlu membuat sedikit persediaan aka "STUDY" untuk "spin" bagi berdepan dengan media luar yang sudah pasti akan menjadi perhatian seluruh dunia.

Bukankah ini antara jalan yang boleh digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk memburukkan lagi Malaysia ?

Inilah sifat Anwar sebenarnya...Akhir sekali senang cakap ada benda boleh bayar bro !! kena ingat tu...

Ampa boleh percaya ka Bang Non SIBUK ??????

MMI.

1 comment:

  1. salam perjuangan mohon pautkan blog saya disini.

    http://perakkayangan.blogspot.com/

    saya telah pautkan blog cik disana.

    ReplyDelete

Labels