Anwar perlu dibawa ke muka pengadilan !! Itu adalah keluhan dari kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini.Rasanya sudah sampai masanya pengkianat negara ini dikenakan tindakan sewajarnya.
Apa yang berlaku di Lahad Datu sudah cukup untuk menceritakan segalanya malah ketika negara sedang berdepan dengan insiden pencerobohan juak-juak pembangkang khususnya melalui media-media alternatif mereka saban hari menyerang kerajaan.
Serangan yang dilakukan oleh juak pembangkang diarahkan bukan saja kepada kerajaan tetapi juga UMNO , dituduhnya inilah jentera yang mereka cipta kejadian pencerobohan di Lahad Datu.
Namun MMI bersyukur kerana barisan jentera siber UMNO dan BN saban hari berjuang di medan maya bagi memperbetulkan fitnah yang dilakukan oleh juak-juak pembangkang sehingga ke hari ini.
Tahniah MMI ucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkenaan perkembangan di Lahad Datu dan dalam masa yang sama membantu kerajaan menjawab tohmahan dan fitnah yang kadang kalanya mampu mewujudkan persepsi dan rasa panik dikalangan rakyat.
Apa pun yang berlaku situasi di Lahad Datu kini semakin pulih dan ketika pasukan keselamatan negara meneruskan tugas mereka kita sebenarnya sudah pun kehilangan para wira yang begitu berani mempertahankan negara.
Yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia lain juga turut mengalirkan air mata tanda kesedihan apabila melihat jenazah anggota keselamatan negara dibawa pulang ke ibu negara dan ke pangkuan keluarga buat tatapan terakhir.
Lebih menyedihkan apabila yang ditinggalkan mereka adalah isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sebagai rakyat Malaysia , MMI sedih dan pilu melihat gambar diatas kerana kita tahu bukan satu perkara mudah untuk berdepan dengan kehilangan seperti ini.Pada ketika seluruh negara meratap pemergian para wira negara , pihak di sebelah sana langsung tidak menghiraukan perasaan mereka-mereka yang lain.
Lihatlah betapa mereka lebih suka meletakkan kepentingan politik melebihi segala-galanya.Barisan pembangkang langsung tidak ada rasa hormat terhadap anggota keselamatan kita.Jangan lupa mereka-mereka ini pernah melabelkan anggota keselamatan sebagai ANJING KERAJAAN.
Apakah tindakan mereka-mereka ini boleh dimaafkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia ?
Sebagai warga yang cintakan negaranya MMI rasa seluruh warga tentera dan polis malah mana-mana warga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan institusi keselamatan negara harus mula memikirkan semula tentang memberikan sokongan kepada barisan pembangkang.
Tindakan keterlaluan mereka ternyata untuk kepentingan diri dan politik semata-mata , Jika dikira dari apa yang berlaku warga tentera dan polis wajib menolak pembangkang dalam PRU13 nanti.
Insiden Lahad Datu merupakan insiden terburuk yang pernah negara hadapi namun percayalah ada hikmah disebaliknya.
ANWAR dan juak-juaknya harus segera diheret ke muka pengadilan !!
MMI.
No comments:
Post a Comment