Followers

Sunday, 3 March 2013

Insiden Lahad Datu Yang Rakyat PERLU TAHU !!


Baru semalam MMI keluarkan entri tentang berakhirnya operasi di Lahad Datu dan menjadi harapan semua pihak agar insiden ini dapat di selesaikan segera.Namun secara tiba-tiba berlaku pula kejadian tembak menembak sehingga mendatangkan kecederaan kepada anggota keselamatan negara.

Namun daripada maklumat yang diterima ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu.Tetapi dalam ketika dan suasana ini hampir pasti banyak pihak menganggap laporan tersebut tetap ada kaitan dengan penceroboh SULU.

Apa pun itu sekadar pandangan dari mereka-mereka yang berbual sebentar tadi dengan penuh minat bersama MMI di salah satu kedai makan.

Percaya atau tidak insiden di Lahad Datu ini sudah membuka mata banyak pihak untuk lebih memikirkan tentang kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia.MMI pasti selama ini banyak pihak yang langsung tidak pernah menjangka insiden sebegini boleh berlaku terhadap sebuah negara seperti Malaysia.

Mungkin ada yang sedang membaca entri ini dulunya langsung tidak pernah berbicara soal keselamatan tanah air kerana beranggapan kita sentiasa di kawal oleh pasukan keselamatan negara.Barangkali juga ada diantara kita yang langsung tidak pernah menganggap Malaysia antara negara yang boleh menjadi sasaran pihak-pihak penceroboh seperti ini.

Hakikatnya kini kita berdepan dengan situasi ini dan ianya sedang berlaku.

Amat malang lagi terdapat juga mereka yang mengaku rakyat Malaysia terus-terusan menuding jari menyalahkan kerajaan dan kepimpinan dalam negara dan isu paling utamanya adalah mengapa Malaysia tidak menggerakkan seluruh pasukan tenteranya bagi memerangi penceroboh-penceroboh ini ?

Sebenarnya inilah BUKTI terhadap tuduhan pihak pembangkang khususnya tentang kerajaan BN itu ZALIM  tidak benar sama sekali.

Lihatlah bagaimana proses demi proses dilakukan oleh pasukan keselamatan negara dan juga bagaimana kerajaan Malaysia menangani permasalahan ini dengan penuh profesional.

Timbul persoalan pada banyak pihak mengapa dalam insiden ini kerajaan masih menggunakan pasukan polis dan bukannya pasukan tentera ?


Mengapa tidak di kerah sahaja pasukan tentera kita yang merupakan antara yang terbaik di dunia untuk masuk dan menyelesaikan isu pencerobohan ini ?Baca Sini 

Seperkara yang harus kita faham adalah kerajaan seboleh-bolehnya mahu insiden ini diselesaikan melalui rundingan secara baik supaya tidak berlaku sebarang pertumpahan darah.

Kerajaan mempunyai hak untuk mengambil tindakan memerangi penceroboh-penceroboh hanya dengan satu arahan sahaja namun ianya tidak dilakukan pada awalnya kerana kita memilih jalan rundingan.

ZALIM kah kerajaan BN ?

Gunalah logik akal , sekiranya kerajaan mahu menyelesaikan insiden ini dengan cepat mereka boleh saja mengarahkan jet-jet pejuang milik Malaysia untuk melakukan serangan dan menggugurkan bom di kawasan penceroboh berada.Malah lebih dari itu satu serangan secara menyeluruh melalui darat , laut dan udara sememangnya mampu dilakukan.

Persoalanya sejauh manakah pembangkang akan menerima keputusan serangan sebegitu ? Apakah ampa yakin pembangkang akan bersetuju dengan kerajaan kerana mengambil langkah sedemikian ? 

MMI berani katakan bunyinya akan bertukar , kerajaan BN akan tetap di tuduh ZALIM kerana mengambil pendekatan sedemikian tanpa melakukan rundingan terlebih dahulu.

Boleh berlaku bukan ? Inilah sebenarnya yang membezakan kerajaan BN dengan pembangkang kerana mereka bukan saja menghina , mengherdik dan memfitnah tetapi juga sanggup melakukan apa saja asalkan ianya boleh digunakan untuk menghentam kerajaan.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Lahad Datu , jelas sekali pembangkang sebenarnya ZALIM malah lebih ZALIM dari setiap tuduhan mereka terhadap kerajaan BN selama ini.

Mereka langsung tidak membantu tetapi lebih kepada mencetuskan provokasi berbau politik.Semuanya dilakukan demi kepentingan politik Pakatan Haprak memandangkan PRU13 semakin hampir.

Isu ini akan terus dimainkan supaya rakyat terus keliru dan menyalahkan kerajaan.

Mungkin ada juga di kalangan kita yang terlupa tentang satu perkara , laporan perisikan dari negara Filipina menyatakan ada keterlibatan pihak pembangkang dari Malaysia dalam insiden ini.Ampa semua boleh cari di entri MMI sebelum ini dan apa yang kita semua perlu faham adalah laporan dan berita tersebut bukannya datang dari pihak Malaysia.

Ianya di laporkan oleh media Filipina berdasarkan laporan perisikan mereka !

Berdasarkan laporan tersebut jelas membuktikan insiden yang berlaku di Lahad Datu turut mendapat sentuhan pihak - pihak tertentu dari Malaysia sendiri.

Agaknya apa yang akan berlaku sekiranya MMI katakan segala kenyataan daripada pihak pembangkang khususnya daripada Anwar Ibrahim dan Tian Chua berkenaan isu ini merupakan satu lagi usaha untuk mengalih perhatian rakyat tentang apa yang sedang didedahkan oleh sumber perisikan negara Filipina ?

Kita sebenarnya sudah dapat menghidu bau dalang di sebalik insiden Lahad Datu tetapi bau itu kini sedang dinyahkan dari deria bau kita kerana mereka tahu sekiranya ia dibiarkan , punca dari mana datangnya bau busuk itu pasti akan di temui.

Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya segalanya didedahkan kepada umum ?

MMI tinggalkan satu persoalan untuk semua , apa akan berlaku terhadap Anwar Ibrahim sekiranya laporan perisikan Filipina itu merupakan laporan yang sebenar-benarnya ?

Siapa agaknya yang ZALIM dalam perkara ini ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels