Followers

Saturday, 2 March 2013

Insiden Lahad Datu - JANGAN Biarkan Anwar & Tian Chua LEPAS !!!


Keadaan diberitakan sudah terkawal di Lahad Datu dan insiden pertumpahan darah yang mengakibatkan gugurnya 2 wira negara sudah semestinya menjadi satu lagi catatan sejarah buat negara Malaysia.Dalam kita dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan keadaan di Lahad Datu terus terkawal dan kembali aman , kita seharusnya kini memberikan tumpuan kepada persoalan bagaimana insiden tersebut berlaku dan puncanya.

Melalui seluran media khususnya dari negara Filipina sudah jelas ianya mempunyai kaitan dengan pihak berkepentingan di Malaysia sendiri.


Semuanya berlaku tidak lama selepas Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Mindanao yang telah terpinggir kerana sikapnya dan modus operandinya yang lebih menyerupai lanun apabila mencari sumber kewangan dengan cara menculik, melanun dan menjarah. Perjanjian damai antara Mindanao dengan Manila telah mengenepikan Nur Misuari sebaliknya menaikkan Haji Murat, menyebabkan Nur Misuari terdesak untuk kembali menjadi Gabenor Mindanao. 

Dek kerana itu, dia cuba mendapatkan sokongan daripada Anwar Ibrahim yang diketahui mempunyai hubungan dengan Zionis dan Amerika Syarikat. Ketua lanun Sulu yang menamakan dirinya sebagai Sultan Kiram turut meminta bantuan daripada Amerika Syarikat agar campurtangan dan memberikan akses kepada mereka menakluki Sabah dan merampas negeri itu daripada Malaysia. 

Kesultanan Sulu pupus pada tahun 1946. Pada tahun 1878, Sultan Sulu telah menjual Sabah yang pada ketika itu dinamakan sebagai North Borneo kepada Kompeni Hindia Timur milik British. Pada tahun 1963, Britain melepaskan Sabah kepada Malaysia apabila rakyat Sabah membuat referendum untuk menyertai Malaysia bersama-sama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Secara tidak langsung, dengan referendum yang telah dibuat oleh rakyat Sabah pada tahun 1962, tiada mana-mana pihak lagi yang berhak ke atas Sabah melainkan Malaysia!

Faktor dan fakta tersebut cuba dihilangkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Apa lagi yang boleh diselewengkan atau diputarbelitkan oleh Anwar Ibrahim apabila perisikan dan media Filipina sendiri yang mengesahkan tentang pendalangan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas bumi Sabah? Bahkan Presiden Filipina sendiri sudah mengesahkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat serta menghukum pendalang-pendalang tersebut. 


Hanya selepas Tian Chua mengeluarkan kenyataan dan disiarkan pula oleh media rasmi PKR, barulah para pecacai Pakatan Rakyat mulai menulis dan mengulas tentang tragedi berdarah di Lahad Datu itu. Mereka menggunakan hujah-hujah Tian Chua bahawa tragedi tersebut adalah sandiwara UMNO dan Barisan Nasional. 

Malahan lebih menarik lagi ialah apabila mereka cuba mengenepikan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Perisikan Manila dan media Filipina sebagai dalangnya dengan menuduh orang dalam UMNO yang menjemput lanun-lanun Sulu tersebut ke Sabah. Walaupun mereka kelihatan sangat berhati-hati agar nama Anwar Ibrahim tidak disentuh dan disebut, secara jelas mereka terpaksa menunggu sehingga ke tengah malam untuk memberikan jawapan atau lebih tepat lagi, memutarbelitkan situasi sebenar dengan berpandukan kepada hujah Tian Chua.


Secara nyata dan jujur, keselamatan di Malaysia tidak akan terjamin selagi orang bernama Anwar Ibrahim masih dibenarkan wujud di negara ini. Seharusnya dia diseret segera ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman seberat-beratnya atau paling tidak pun, disimpan terus di dalam penjara sehingga dia meninggal dunia. 

Anwar pernah cuba melakukannya pada penghujung tahun 1990-an, tetapi dia tidak berjaya. Sekarang, dia melakukannya lagi demi mendapatkan Sabah dalam usahanya memburu kuasa. Biarpun para pecacainya cuba menolak fakta tersebut dengan menyatakan bahawa Anwar berada di dalam penjara dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi hakikatnya segala keburukan, kerosakan, kekacauan dan ketidakstabilan di negara ini, telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. 

Dia gagal dalam usaha mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat secara besar-besaran dengan merusuh di jalan raya menerusi demonstrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, HKR dan sebagainya, tetapi akal jahatnya tidak pernah sunyi daripada mencari-cari jalan mewujudkan suasana tidak tenteram yang membolehkan kedatangan Amerika Syarikat dan Zionis sepertimana yang berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia.

Kepada pihak yang berwajib jangan sesekali melepaskan mereka ini kerana apa yang digerakkan mereka jelas mampu mengundang bencana kepada negara.Malah sikap yang ditunjukkan langsung tidak mencerminkan mereka adalah warganegara yang menghormati negara sendiri.

Buka kertas siasatan dan adili mereka ini dengan segala bukti yang ada kerana masanya sudah sampai untuk kita terus berlembut !!


MMI.

2 comments:

  1. Fitnah semata2… tanpa bukti.. sedap mengolah cerita. Cerita yg direka baik punya… Semua org sedih dgn kematian, tak perlu buat dosa menjadi kafir menFITNAH orang. Apabila sudah tersepit xde sokongan..x brani buat praya, mcm2 boleh buat!
    Nak tutup pendedahan Suruhanjaya DiRaja, kes beri IC kpd ratusan ribu org asing termasuk org filipina…
    Sudah tersepit untuk kalah, sanggup korbankan pejuang negara demi kepentingan politik...sebagaimana sanggup letupkan seorang wanita...yg jadi mangsa dihukum gantung sampai mati..2 org pejuang negara juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spekulasi bermula dari berita dari MANILA!
      yang peliknya kenapa Tian Chua beria-ia terlalu concern bila mereka mula masuk Malaysia?
      Macam ada sesuatu pulak!! Ini yang pelik!

      * Cuba check body guard Filipino Anwar tu... ntah ntah .... ada terlibat sama...MUSKIL!

      Delete

Labels