Pada ketika ini seluruh pihak sedang melakukan siasatan yang menyeluruh bagi mengheret dalang utama isu pencerobohan di Sabah.Saudara Lokman Adam juga sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataanya berkenaan tuduhan pembabitan beliau dalam insiden tersebut.Malah kenyataan daripada bekas AMK Keadilan ini turut mempertikai serta mengaitkan keadaan terdesak Anwar Ibrahim apabila satu demi satu kerja buat beliau dibongkar.
“Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
“Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Palsu terbongkar.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.
Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu.Baca Selanjutnya
Selain dari itu pendedahan yang dikeluarkan oleh media Filipina turut mengesahkan siasatan ke atas konspirasi licik di sebalik pencerobohan di Sabah sedang dijalankan.
Satu siasatan tentang sudut konspirasi dalam penghantaran kumpulan bersenjata kesultanan Sulu ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha untuk menamatkan keganasan di wilayah serta-merta, Malacañang berkata semalam.
The Palace membuat penjelasan itu sehari selepas Biro-Negara Siasatan (NBI) memerintahkan penasihat 'kesultanan' Kirams, Pastor "Boy" Saycon untuk disoal siasat pada Selasa lepas kerana beliau disyaki terlibat dalam konspirasi untuk mewujudkan kekacauan di Sabah yang melibatkan pengikut-pengikut Sultan 'syok sendiri' Jamalul Kiram III.Baca seterusnya kupasan dari blogger Dr MiM.
Selain dari itu kita juga melihat bagaimana media-media pro pembangkang bukan main lagi melompat sana sini.Semuanya terarah kepada usaha untuk mengaitkan insiden di Lahad Datu sebagai propaganda kerajaan.Saban hari dan waktu ada saja cerita yang dikaitkan secara terus dengan kerajaan dan juga UMNO.
Siapa pencetusnya ?
Semacam satu arahan apabila Tian Chua mengeluarkan saja kenyataan beliau maka berpusu-pusulah media-media pro pembangkang mula menggerakkan serangan-serangan mereka.
Sedar atau tidak dalam negara sedang berdepan dengan musuh , pihak pembangkang di lihat lebih kepada mengagungkan musuh.Memang agak ganjil namun bagi mereka-mereka diluar sana yang benar-benar faham pasti dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pembangkang tidak lain dan tidak bukan cuba mendapatkan kredit dari dari setiap titisan darah anggota keselamatan kita yang terkorban.Baca Sini
Apa yang pasti gerakan ini sudah lama dilakukan dan video di bawah jelas sekali menunjukkan betapa Anwar amat membenci UMNO dan kerajaan.Kerana itu ucapan berikut pernah keluar dari mulut Anwar satu ketika dulu...
We must hit them hard !! kalau diikutkan dari nada ucapan tu marah benar si Anwar ni..Ada kaitan apa-apa ker dengan apa yang berlaku selama ni ????
MMI.
No comments:
Post a Comment