Followers

Thursday 7 March 2013

KIRAM Ajak Malaysia Memancing ??!!! #LahadDatu


Entah apa yang difikirkan oleh si Kiram ni alih-alih ajak Malaysia untuk adakan gencatan senjata.Apa dia ingat bunuh-membunuh ni macam main guli ke ? Sebagai penceroboh kenyataan Kiram itu merupakan satu kenyataan biadap lagi kurang ajar setelah apa yang beliau lakukan ke atas Malaysia dan rakyatnya.

Walaupun tekanan yang diberikan oleh pasukan keselamatan negara terhadap puak-puak pengganas di Lahad Datu antara faktor kepada genjatan senjata , ianya tetap tidak boleh diterima sama sekali kerana yang sepatut dilakukan oleh Kiram adalah mengumumkan perletakan senjata dan menyerah diri.

MMI langsung tidak boleh menerima genjatan senjata ini setelah apa yang telah dilakukan oleh pengganas-pengganas ini yang telah mengorbankan para anggota keselamatan kita.Selain dari itu pengganas ini adalah mereka yang menceroboh kedaulatan negara Malaysia , selayaknya di berikan dua pilihan sahaja iaitu menyerah diri atau dihapuskan sepenuhnya.

Seperkara yang perlu diingat adalah sekiranya Malaysia bersetuju dengan genjatan senjata ini ianya akan mengakibatkan pengganas-pengganas ini untuk "regroup" semula.Seterusnya memberikan mereka masa yang cukup untuk merancang tindakan seterusnya.

MMI langsung tidak mempercayai Kiram selaku pemimpin kepada pengganas yang menceroboh Lahad Datu kerana beliau sememangnya mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.
MANILA 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP
Kenyataan Kiram yang mahukan Malaysia mengambil pendekatan yang sama mempunyai maksud yang tersirat dan ianya merupakan usaha terancang untuk melibatkan pihak ketiga dalam konflik yang berlarutan hampir sebulan ini.

Hati-hati dengan puak-puak pengganas ini kerana mereka bukanlah kumpulan yang selayaknya diajak berunding di meja bulat.

Psstt tak payah genjatan senjata istihar saja letak senjata dan keluar dari bumi Sabah habis cerita , kalau tak mau juga pasukan keselamatan tolong kasi "settle" semua .. 

MMI.

1 comment:

  1. E'eleh Cik Kiram ni... ingat main polis entree ke? Boleh main cup cup, unilateral ceasefire hanya untung pihak dia je...

    ReplyDelete

Labels