Hari ini kita mendapat perkhabaran menyedihkan apabila seorang lagi perwira negara gugur mempertahankan tanahair.Dalam kesedihan itu timbul rasa bangga dalam diri MMI sendiri kerana perwira-perwira ini tidak pernah gentar dan gerun untuk menghadapi musuh.Kita akui tidak ada mana-mana manusia di dunia ini yang akan kekal sampai bila-bila , ajal maut itu di tangan Tuhan dan percayalah perwira negara yang gugur di medan perang demi bangsa, agama dan negara merupakan insan yang terpilih semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Anggota keselamatan yang gugur pagi tadi adalah 1163468 Mohd Hurairah dari 7MD, Kem Kukusan Tawau, Sabah terbunuh dalam pertempuran di Kg Tg Batu Lahad Datu.Al-Fatihah..
Sementara itu dalam gambar diatas adalah 1124833 Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7 yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi.
Setakat ini, beliau dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan. Berita mengenai kematian beliau adalah tidak benar dan keadaan beliau disahkan sendiri oleh DCO Sandakan.
sumber APT
MMI.
No comments:
Post a Comment