Followers

Tuesday, 12 March 2013

NGO Malaysia Salur USD2 Juta Kepada Pengganas Sulu , Apakah Ianya Sekadar Tuntutan Wilayah ?? #LahadDatu


Seperti semua sedia maklum penceroboh yang menyerang Lahad Datu Sabah memperkenalkan diri mereka sebagai tentera Sultan SULU.Malah gerakan dan kelengkapan yang dibawa mereka bukan calang-calang kelengkapan ianya merupakan kelengkapan perang yang sememangnya di bawa dengan niat untuk melakukan keganasan atau berdepan dengan peperangan.

Daripada laporan yang di terima tentera Sulu ini mempunyai kelengkapan yang terbaik sampaikan turut mempunyai alat "jamming" bagi menyekat saluran komunikasi.Apa yang MMI boleh katakan ini bukan kumpulan lanun biasa tetapi lanun yang mempunyai organisasi terancang dan matlamat mereka jelas menceroboh Sabah dengan keupayaan kewangan yang cukup hebat !

Apakah tujuan utama dan matlamat mereka mendarat di Sabah ? Mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan mereka mahu menuntut sebahagian daripada Sabah khususnya di wilayah Lahad Datu sebagai hak mereka tetapi apakah anda yakin itu merupakan matlamat utama ? 

Bekas Panglima Tentera Darat,  Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.

Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.

"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.

"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin... jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara di Kuala Lumpur samalam.

Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.


Dalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.

"Saya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau pada ceramah tersebut.

Oleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku di Sabah.

Lam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar.sumber sinarharian 

Kepada rakyat Malaysia banyak perkara sudah pun didedahkan dan ianya dilihat mempunyai kaitan dengan insiden di Lahad Datu.Antaranya keterlibatan pihak yang jauh lebih besar dari yang kita sangkakan Baca Sini.Soalnya sekarang dalang dan mereka yang bersekongkol untuk menghuru-harakan negara masih bebas.

Pasukan pengganas yang kini semakin tertekan di Lahad Datu sudah menjadi mangsa sebenarnya hasil daripada kerja buat pihak-pihak yang berkepentingan sama ada dalam mahupun diluar sana.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya lebih bijak dalam mendepani cabaran baru ini kerana Malaysia milik kita bersama.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels