Seperti yang MMI jangkakan Tian Chua sudah pasti akan membuat pengakuan tidak bersalah seterusnya akan dibebaskan dengan ikat jamin.Berapa sangat ikat jamin yang dikenakan terhadap pengkianat ini ?
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu.
MMI agak marah kerana ikat jamin terhadap pengkianat seperti Tian Chua hanyalah RM5,000 , bukan saja mereka mampu malah kelihatannya seperti main-main sedangkan ini berkaitan isu kianat.
Apa pun sekurang-kurangnya beliau akan di bicarakan pada 12 April nanti.
MMI.
No comments:
Post a Comment