Followers

Monday, 11 March 2013

Tian Chua Takut Dengan Kerambit VAT69 ???


Sebelum pihak ATM mendarat di Lahad Datu, Sabah, ramai yang meragui tentang kebolehan pihak komando VAT 69 dalam menjalankan misi keamanan di sana. Namun masih ada yang keliru dengan sistem unit anggota pegawai polis. Pihak komando VAT 69 memang cukup digeruni musuh kerana mereka ternyata dilatih dengan beberapa siri latihan yang sangat berat. Jadi tidak hairanlah jika mereka juga turut ditempatkan dalam siri menentang pihak penceroboh di Sabah.

1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.

2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang ‘orang kampung’. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit).

Apa yg sering menarik perhatian pasukan2 sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yg dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan ‘killing machine’. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan2 lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung.

Yang seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yg terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.


Inilah dia VAT69, ramai yang bertanya kepada Keris mengapa ada VAT69 yang terbunuh. Jawapannya mudah, taktik kotor yang digunakan oleh penceroboh dengan mengangkat bendera putih membuatkan beberapa pejuang kita ditembak.

Mereka (Vat69) pejuang yang punyai etika tersendiri. Mereka pejuang negara!

Sebelum ni Tian Chua dok cari pasal dengan Vat69 kan ? mati katak bunyi pun..dah tu keluar kenyataan pula kata SuaraKeadilan spin cerita hahaha nak tau sebab apa ? Dia dah mula takut dengan kerambit laa jawab dia...

Kalau Tian Chua baca blog ni atau sapa-sapa yang boleh tolong sampaikan kat telinga dia tolong kata MMI bagitau katak tak bawa kerambit , tapi kalau nak kenal kerambit silalah... 

kredit to keris7lok 

MMI.

3 comments:

  1. hapuskan semua pengganas2 sulu dan dalangnya sekali

    ReplyDelete
  2. Pesan kat Tian Chuak tu yang kerambit kirim salam. Lepas tu hang tengok lah dia lari ke tandas - cirit lah tu.....kahkahkah

    ReplyDelete
  3. parti tupperware11 March 2013 at 17:23

    Mmg vat69 sgt berani, berkebolehan, semangat tapi very humble.. Mrk tak menunjuk2, tp laksanakan kerja dgn sempurna. Bukan mudah nk jd vat69. Maaf ckp, tp,majoriti2 drpd mrk adalh org melayu, sabahan, sarawakian dan minoriti dr bangsa yg lain. Sedih bila ada yg ckp mcm2 psl mrk n pasukn keselmatan amnya... Siapa yg patut jaga keselmatan negara kalu bukan rakyat sendiri.. So, kalu ada yg tak suka, tak yakin, tak percaya, dan rasa lebih hebat dr mereka, harap buat permohonan ke LD utk join sekali... Jgn lupa bwk ubat nyamuk yaas...

    ReplyDelete

Labels