Followers

Friday 8 March 2013

Video Yang Harus Rakyat Malaysia Tengok !!!


Persoalan tentang apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bersama dengan Misuari seperti dalam gambar masih menjadi teka teki namun rasanya dah ramai di luar sana yang faham situasi terkini (merujuk kepada insiden di Lahad Datu).

Malah sumber perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.Baca Selanjutnya 

MMI yakin rakyat kini sudah ada rasa bahawa Anwar dan juak-juaknya terlibat dalam insiden berdarah di Lahad Datu.

Walaupun penafian demi penafian dilakukan oleh mereka , gerak dan tindakan mereka sejak kebelakangan ini semacam ada sesuatu yang cuba dirahsiakan.Jika tidak masakan Tian Chua sendiri tiba-tiba meletakkan kesalahan terhadap KeadilanDaily berkenaan kenyataan beliau mengaitkan insiden di Lahad Datu dengan UMNO.Baca Sini 

Bagitulah senarionya dan MMI yakin berikan kepercayaan kepada pasukan keselamatan negara untuk menangani permasalahan ini , yang batil pasti akan muncul jua sedikit masa lagi.

Untuk itu MMI rasa video di bawah amat penting untuk kita sama-sama renungkan walaupun ianya sekadar sebuah cerita hasil garapan seorang seniman agung satu masa dulu , ianya sarat dengan pesanan bahawa bakal ada petualang di kalangan kita sendiri.

Paling menarik peringatan itu dilakukan sejak lama dulu...Apakah kini petualang itu muncul kembali ??


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels