Followers

Sunday, 21 April 2013

#PRU13 Di Mana Yang PAKATANNYA ??? #PG13 #TolakPR


Jika sebelum ini parti-parti dalam Pakatan Haprak seperti PAS,PKR dan DAP mendabik dada kononnya merekalah yang paling suci dan akrab dalam konteks perpaduan sesama parti kini segalanya umpama bangkai gajah yang tidak dapat di tutup lagi.

Baunya saja sudah merebak ke seluruh negara , lihat saja bagaimana caca merbanya Pakatan Haprak apabila berlaku perebutan kerusi untuk meletakkan calon masing-masing.Lebih parah apabila calon-calon parti bukan saja tidak mengendahkan antara satu sama lain tetapi turut bertanding sesama mereka.

Chegu Bard dan Yusni Mat Piah di Sungai Acheh Nibong Tebal antara salah satu bukti jelas bahawa Pakatan Haprak hanya pandai berkata-kata malah menipu rakyat kononnya mereka bersatu atas nama Pakatan Haprak.



Kenapa calon-calon Pakatan Haprak ni tak jalan dan join sama-sama aaa ?? Bersatu sungguh puak-puak ni kan ?...

Selain dari itu perkara ini bukan saja berlaku di Sungai Acheh Pulau Pinang tetapi turut berlaku di negeri-negeri lain.Antaranya di Terengganu beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.


Pekeliling bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.Baca Seterusnya 

Seperkara yang harus ampa semua tahu adalah sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana kenyataan dari mana-mana pemimpin Pakatan Haprak khususnya tentang tindakan-tindakan tertentu yang bakal diambil kepada mana-mana calon dari Pakatan Haprak yang bertindak bertanding sesama sendiri di satu-satu kawasan.

Ianya berbeza dengan Barisan Nasional kerana sejak dari awal sebelum penamaan calon lagi kenyataan sudah dibuat kepada semua jentera Barisan Nasional tindakan memecat dari parti akan dibuat sekiranya mana-mana wakil dari Barisan Nasional bertindak bertanding sesama sendiri terutamanya sebagai calon BEBAS.

Persoalannya di mana Pakatan yang di war-warkan ?

MMI.

1 comment:

  1. Parti Mata Satu, agaknya itulah jelmaan DAJJAL...

    ReplyDelete

Labels