Followers

Monday 15 April 2013

TERKINI Dari PWTC , Perubahan Besar Di Negeri Yang BN Kalah !!


Bertempat di PWTC tengahari tadi Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menyerahkan watikah perlantikan calon-calon bagi setiap negeri untuk menghadapi PRU13.Apa yang pasti semua pihak kini berdebar-debar menantikan nama-nama calon yang bakal diumumkan oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Memetik kenyataan Datuk Seri Najib beliau berkata, imbangan muka baru dan pengalaman penting sebagai parti dengan mandat baru akan datang kita memerlukan mereka yang boleh mentadbir negara.

Senarai calon bukan sahaja untuk menang pilihan raya tetapi untuk masa hadapan bagi memastikan aku janji manifesto dapat dilaksanakan.

Bagi mereka tidak dicalon bukan mereka gagal tetapi mereka perlu beri laluan kepada pembahuruan yang dimahukan rakyat.

Latar belakang muka baru di peringkat Parlimen yang berkelayakan diploma dan keatas ialah 90 peratus dan 31 peratus merupakan profesional seperti doktor dan profesor.

Ada juga calon kalangan ulama dan mereka yang popular di kawasan mereka.

Najib berkata, ini adalah senarai akhir dan harap tidak perlu diubah walaupun ia masih boleh diubah.

Najib yakin pasukan BN terkuat yang dapat diketengahkan.

Najib berkata, tidak realistik jika kata semua kerusi boleh menang.

Cuba ketengahkan calon wanita tetapi tidak mudah.

Perubahan besar di negeri yang BN kalah.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels