Followers

Saturday 25 May 2013

BEBAS !! Apa Hal Dengan MAJISTRET Ni ????


Seluruh negara tersentak apabila 3 OKT yang ditahan sebelum ini untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak Majistret hari ini.

Mereka sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa menghasut kaum cina agar meruntuhkan kerajaan Melayu yang sedia ada secara jalanan.


Dengan pembebasan mereka ini membuatkan pihak polis gagal menangkap dalang di sebalik hasutan ini. Majistret yang menolak penahanan mereka ini juga perlu disiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan keahlian pembangkang.

Alasan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan polis ialah mendapati polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan.

Harap  pada Isnin ini PDRM dapat mengemukan tuduhan baru untuk menahan mereka sekali lagi.

Komen MMI , semuanya dah berlaku dan pihak PDRM perlu benar-benar bersedia bagi mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.Agak janggal dan pelik apabila pihak polis sendiri gagal menyatakan siapa atau individu mana yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan tersebut memandangkan mereka mempunyai saluran dan sumber yang jauh mengatasi pihak-pihak lain.

Manakala di pihak majistret pula kadang-kalanya puak-puak ni serupa kayu pun ada.Takkanlah sampai langsung tak ada sumber mahupun maklumat dari luar yang cukup mudah di perolehi melalui saluran-saluran media baru dan internet ni.

Ya majistret semestinya tidak di bayangi oleh mana-mana pihak kerana tugasnya mencari kebenaran.tetapi dalam soal ini sejauh mana kebenaran yang telah si majistret itu berikan kepada rakyat Malaysia ? 

Hahaha ada yang kata hati-hati MMI nanti MMI pula yang di gari , Tak apa lah kalau nak gari nak buat macam mana kurang-kurang MMI tak jadi kayu yang tak ada OTAK !!

Psst senang sangatkan sana bebas sini bebas , ingat balik kes Anwar hari tu bebas tu...Hmmm majistret-majistret ni boleh percaya ka ? 

MMI.

1 comment:

  1. memang dah lama hilang kepercayaan............

    ReplyDelete

Labels