Followers

Thursday, 16 May 2013

JELAS Anwar Mahu Malaysia Huru-Hara !!!


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". 

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.sumber 

Hati-hati sedara-sedara sekalian , makhluk bernama Anwar ini sudah semakin jauh..jauh dari realiti dan kini sudah pun menggadaikan maruah sendiri apabila sehingga kini TIDAK ADA APA-APA BUKTI YANG DI KEMUKAKAN OLEH BELIAU KEPADA MANA-MANA PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA BAGI MENYIASATNYA.

Agak menghairankan , apabila tiba-tiba Anwar mahu pula memberikan bukti tersebut kepada Obama seorang Presiden sebuah negara bernama Amerika Syarikat.Barangkali mungkin Anwar beranggapan inilah sebenarnya POLIS DUNIA yang boleh di percayai...IZINKAN MMI untuk gelak sebentar KIHKIHKIHKIHKIHKIH...

Alo gang lupakah Anwar mengapa Amerika Syarikat menyerang IRAQ ?? Apa bukti yang mengesahkan IRAQ mempunyai simpanan senjata nuklear dan biologi seperti mana yang di gembar-gemburkan ?

Sehingga serangan di lakukan dan hampir sebahagian rakyat IRAQ menderita , apa yang di panggil BUKTI itu tetap tidak ada.Maka inilah sebenarnya yang di mahukan oleh Anwar supaya campur tangan Polis dunia ini dapat membantu Anwar untuk duduk di singgah sana kerusi idamannya Perdana Menteri Malaysia.

Yang pasti tindakan paling bodoh itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melihat Malaysia huru-hara...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels