Followers

Thursday 16 May 2013

Sudah Jelas Mereka Mencabar Undang2 TUNGGU APA LAGI ??

Hishamudin Rais
MMI rasa dah sampai masanya Kementerian Dalam Negeri mula bertindak secara agresif bagi memastikan negara terus kekal aman tanpa di ganggu oleh anasir-anasir yang sengaja mahu mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan rakyat.

Semenjak keputusan PRU13 diumumkan oleh SPR , pihak pembangkang nampaknya bersungguh-sungguh dalam usaha mereka mendapatkan kepercayaan rakyat bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah hasil daripada penipuan yang di rancang.

Malah gerakan menganjurkan himpunan haram di seluruh negara kini dilihat semakin menjadi-jadi maka sesuatu harus segera dilakukan kerana dari segi undang-undang jelas sekali tindakan tersebut adalah salah.

Sebagai contoh perbuatan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais menghasut rakyat untuk mengadakan rusuhan jalanan Sabtu ini tidak boleh dibiarkan kerana tindakan itu jelas mencabar keluhuran Perlembagaan serta mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah yang cuba diambil oleh Hishamuddin itu sememangnya amat berbahaya dan pihak polis wajar bertindak segera.

Hakikatnya beliau berkata, undang-undang negara telah dipermain-mainkan dan dimomok sesuka hati sehingga ke peringkat mencabar Yang di-Pertuan Agong.

"Saya amat kenal Hishamuddin ini. Dia pernah lari ke luar negara semasa kebangkitan pelajar pada tahun 1970 atas isu kemiskinan rakyat Baling, Kedah.

"Bertahun lari ke luar negara dan memburukkan nama baik Malaysia di negara yang memberikan suaka politik kepadanya. Dia ini jenis baling batu sembunyi tangan. Kembali ke tanah air dengan selesa tanpa diambil apa-apa tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan berita tentang niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu dengan bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Hishamuddin ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Ibrahim berkata, Hishamuddin kembali ke tanah air semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Sebenarnya tindakan Hishamuddin menghasut rakyat dengan cara mencabar undang-undang akan memberikan kesan negatif yang mana rakyat tidak akan menghormati undang-undang," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam di peringkat ini wajar bertindak tegas dengan segera.

"Cegah sebelum keadaan lebih buruk dan tidak terkawal. Jangan disebabkan nila setitik, rosak seluruh negara.

"Jenis manusia tidak tahu bersyukur dan tidak hormat undang-undang negara wajar diajar secukupnya," katanya.sumber 

Kepada Zahid Hamidi tolong lakukan tangkapan segera kerana rakyat makin rimas dengan amaran demi amaran.Kesalahan jelas sudah pun dilakukan maka pihak berkuasa harus bertindak jangan sampai ada pihak lain yang bertindak !!

MMI.

4 comments:

  1. mangkok kominis tua sham bodo piang...aktivis apa.lari bila polis cari dulu!bacul,kalau btol2 pejuang by hook by crook stay bkn lari bila negara jadi kacau bilau!

    ReplyDelete
  2. SALAM DATO KDN DAN DATO KPN....

    INILAH MANUSIA YANG BANYAK MERACUNI PEMIKIRAN ANAK-ANAK MUDA YANG BAKAL MEROSAKAN NEGARA...

    DIHARAP DAPAT DITERKAM BUKAN HANYA MENGAUM.....

    ReplyDelete
  3. ni sekor laiie,,,bermisai dan berjanggut laiee tp perangai mcm komonis..kau dari dulu laiee mcm nii laa perangai koo tak abis2 dgn tak puas hati..kau pilih 2 ajo nak duk dalam jil atau lubang kubor..kalau tak nak jadilaa hamba yg bersyukur..nak ajak orang berdemo pulak..mak bapak kau ajar kau jadi kominis ko dulu..menyosal dn ada bangsa macam nii..perangai nyalahkan beruk lapar..

    ReplyDelete
  4. KDN hendaklah segera bertindak. Perlu cegah sebelum parah.

    ReplyDelete

Labels