Followers

Sunday, 14 July 2013

Akta Hasutan 1948 Kenapa Di Mansuhkan ??!!!


Mungkin sesetengah daripada ampa semua beranggapan MMI akan huraikan tentang mengapa perlunya Akta Hasutan 1948 di mansuhkan oleh kerajaan.Namun jangan silap faham , sebenarnya MMI antara yang kecewa dengan keputusan ini memandangkan Malaysia sebenarnya masih memerlukannya.

Tak pasti dan langsung tak faham mengapa pemimpin-pemimpin di atas sana boleh pula berkira-kira untuk memansuhkan akta ini setelah ISA di mansuhkan sebelum itu.

MMI tak nampak relevan pemansuhannya malah menggantikannya dengan satu lagi akta yang di namakan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya memberikan ruang yang cukup luas kepada pembangkang bagi menjaja di seluruh negara bahawa desakan demi desakan daripada mereka akhirnya membuah hasil.

Tahukah pemimpin kita dengan pemansuhan ini sebahagian besar rakyat melihat kerajaan sebenarnya tunduk kepada desakan pihak yang sering melakukan tindakan keterlaluan yang sebenarnya mampu di cegah dengan akta yang kini hanya tinggal nama ?

Berdasarkan pemerhatian MMI , dalam suasana politik negara yang agak ekstrem ini seharusnya Akta Hasutan 1948 di kekalkan manakala Akta Keharmonian Nasional pula di wujudkan.

Bukankah ianya lebih baik sekiranya kita mempunyai kedua-duanya ? Ataupun sekiranya tidak mahu mempunyai banyak akta sekiranya di kira menyemak dalam garis perundangan negara adalah lebih baik sekiranya Akta Hasutan 1948 di tambah nilai.

MMI juga tahu bahawa akta baru ini sebenarnya mampu memenuhi kecacatan yang mungkin ada pada akta yang di mansuhkan tetapi tahukah kesannya apabila kita memansuhkan akta sedia ada itu ?

Akan ada pihak yang meraikannya sebagai satu kejayaan dan bayangkan impaknya kepada politik negara !!!

Seperkara yang harus MMI ingatkan , sidang kedai kopi di mana wakil-wakil parti bersidang dengan secawan kopi sudah pun mengiktiraf pemansuhan akta ini adalah hasil usaha dan kejayaan pembangkang malah kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang sejak ISA di mansuhkan.

Tahukah pemimpin kita jentera penerangan tanpa jawatan di sidang kedai kopi terpaksa berhadapan dengan cemuhan sebegini saban hari ? 

Walaupun ada ketikanya mereka di lihat gagal mempertahankan hujah masing-masing , MMI tidak menyalahkan mereka kerana ianya bermula di peringkat tertinggi.

Kepada sesiapa jua yang kini berada di atas sana JAGA ORANG SENDIRI SAMA !!!!

Memetik kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.

Persoalannya kenapa mansuh ????

MMI

1 comment:

  1. najib oooo najib..nyesalnya aku pangkah umno pru baru2 ni..harapan tinggal harapan..melayu kan gagah di nusantara..?..ptuihhh..di tanah melayu sendiri dah lembek..haramjadah betui..ptuiihhhh

    ReplyDelete

Labels