Selepas selesai menunaikan solat Jumaat tengahari tadi beberapa kumpulan NGO Islam yang di ketuai oleh JATI dan PERKASA telah berkumpul dan berarak ke Kedutaan Vatican City di Jalan U Thant, Ampang Hilir.
Antara yang bersama-sama kumpulan NGO Islam ini adalah Datuk Hassan Ali , Ibrahim Ali , Zulkifli Nordin , Hafiz Nordin dan mereka yang bersama-sama dengan PERKASA dan JATI.
Mereka di jangka akan menghantar memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino berkenaan sokongan beliau terhadap Gereja Katholik mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam bible dan keceluparan Bishop Joseph mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
Sekalung penghargaan buat mereka yang turun menyatakan bantahan dan mengemukakan memorandum tersebut.Sekurang-kurangnya NGO Islam ini bersuara , yang lain pi mana habih ???
MMI
Terbaik!! ALLAHU AKBAR! Pemimpin macam ni la kita hendak lantang bersuara pertahankan ISLAM.. bukan wat dek jer...!
ReplyDeleteBerjihadlah saudara-saudaraku walaupun anda seorang diri. Itu adalah lebih baik dari hidup terhegeh mencacai dan menjilat kapir harbi sana sini.
ReplyDeleteSyahid...Allahuakbar