Followers

Thursday, 4 July 2013

Guan Eng Buat-Buat BODOH ?!!


Semuanya berkenaan sidang DUN Negeri Pulau Pinang yang makin panas dek penangan ketua pembangkang BN yang baru iaitu YB Datuk Jahara Hamid apabila membantah keputusan speaker untuk tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan.

Kenyataan YB Datuk Jahara ada benarnya kerana sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu malah ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai ‘hukuman maut’ terhadap sistem demokrasi.

Serentak dengan itu wakil-wakil dari DAP bangun mencelah malah meminta ketua pembangkang untuk menarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan.

Namun pengalaman dan sikap profesional yang di tunjukkan oleh ketua pembangkang YB Datuk Jahara sudah cukup untuk mengunci mulut-mulut celupar macai-macai DAPigs dari terus melalak.Baca Selanjutnya 

Namun dalam semua keadaan yang paling memeranjatkan MMI adalah kenyataan daripada ketua menteri Pulau Pinang , siapa lagi kalau bukan Guan Eng apabila mengakui hairan dengan keputusan itu malah berkata , ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.

“Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.Baca Sini 

Alo brader , ketua menteri boleh kata macam tu ka ?? Ish ish nampak sangat , berdasarkan pemerhatian MMI apa yang berlaku sebenarnya di sengajakan dan menjadi hasrat semua wakil kerajaan negeri Pulau Pinang (DAP,PKR,PAS) untuk mempercepatkan sidang DUN kerana di luar sana lebih banyak misi politik mereka daripada melayan malah menghormati dewan.

Guan Eng buat-buat bodoh !! Boleh percaya ka ????

Baca juga di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels