Followers

Wednesday, 28 August 2013

Pulau Pinang Hampiri IPU Tidak Sihat , Salah UMNO ??


MMI tertunggu-tunggu juga mana tau puak-puak cauvinis ni nak salahkan UMNO  ! Nasib baik tak keluar kenyataan semacam tu , bukan apa puak-puak ni tiap-tiap hari bangun tidoq kira nak cari salah dan kalau salah tu puak depa yang buat pun tetap akan korner baring mai dekat UMNO.

Lagi satu apa tindakan kerajaan negeri bagi menangani isu jerebu ni ? Kalau setakat bagi topeng muka itu perkara biasa banyak pihak yang buat , apa yang MMI persoalkan apakah langkah-langkah yang di buat oleh kerajaan negeri untuk memastikan masalah jerebu ni ?

Setakat sekarang tak dengar lagi lah , yang MMI tau Guan Eng suka telefon pihak atau agensi kerajaan terlibat untuk tanya kenapa itu berlaku kenapa ini berlaku .. Oh dia suka tanya saja kerja tak buat !!!!

Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak Selasa bertambah teruk hari ini dengan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88) setakat 9 pagi ini berbanding 58 hingga 63, petang semalam.

"Kerajaan negeri telah menyediakan bekalan topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada pelajar sekolah di setiap pusat khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) di negeri ini," katanya.

Phee turut menyarankan orang ramai agar mengurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Beliau menyifatkan peningkatan tahap jerebu itu berlaku secara mendadak dan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah sakit tekak, batuk atau sesak nafas selain memperbanyak minum air kosong.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 30 (berbahaya).antarapos

Psst kalau ikut bacaan IPU tu rasanya puak DAP ni dah sampai tahap 30 kot hihi ..

MMI

1 comment:

  1. Tokong sudah gelabah, tanda-tanda nak jatuh kot?

    ReplyDelete

Labels