Sesetengah pemimpin DAP yang bakal bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mula 'panas punggung' kerana kempen sudah bermula.
Kelmarin, satu sesi dialog antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan ahli CEC lain serta perwakilan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan diadakan di Hotel One World.
Walaupun pada asalnya kehadiran dijangka lebih 500 perwakilan, apa yang mengejutkan hanya kurang 100 orang hadir.
Dalam pada itu, DAP yang menganjurkan sesi dialog bersama Guan Eng itu didakwa bertindak 'pilih kasih' dengan memilih golongan tertentu sahaja untuk hadir ke program tersebut yang turut dihadiri oleh kesemua barisan CEC.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, sebanyak sembilan cawangan di bawah kelolaan beliau tidak dijemput.
"Saya sendiri hanya tahu tentang sesi dialog ini selepas diberitahu orang, kami tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Mengapa sembilan cawangan kami tidak dijemput? Tidak perlulah bersikap pilih kasih seperti ini.
"Sembilan cawangan sekitar Teratai ini masih aktif, mengapa kami tidak dijemput? Adakah kerana kami tidak menyokong kumpulan 'tertentu'," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sebelum itu seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata, sesi dialog itu sebenarnya platform untuk pemimpin 'tertentu' meraih undi dan sokongan.
"DAP mengambil serius terhadap pemilihan semula CEC. Ramai penyokong dan ahli keliru dengan apa yang berlaku ketika ini.
"Sesi dialog ini dijangka diadakan di seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan DAP, selain memberi gambaran bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah bertindak tidak adil terhadap parti ini," katanya di sini.
DAP pada 15 Ogos lalu akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.
Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.
Sabtu lepas, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti Disember tahun lalu.utusan
Alo brader Lim , apa pasal sekarang kalut semacam ja ? Sebelum ni bukan main hantam sana hantam sini sekarang parti sendiri pun berterabuq , apa macam ?
Nampak sangat tengah susun dan atur supaya pemilihan kali ni tak jadi isu .. Kalau dah hebat sangat MMI sarankan supaya DAP buat permohonan kepada ROS minta pegawai-pegawai ROS untuk jadi pemantau semasa pemilihan nanti , lagi bagus kalau jemput sekali SPRM ikut semua program perjumpaan dengan perwakilan ampa.
Kan itu lagi memudahkan untuk DAP membuktikan kepada dunia yang parti cauvinis ampa tu Cekap Akauntibiliti dan Telus ? Amacam ada bran ?
MMI
demokratik la konon...lanciau
ReplyDeleteKalau tak tipu takkan namanya lm guan enggLKa
ReplyDelete