Pasti setiap daripada mereka yang menyimpan impian untuk bertanding dalam proses pemilihan UMNO kali ini akan berdebar-debar memikirkan tentang apa yang bakal berlaku seterusnya.Sehingga artikel ini di tulis MMI yakin semua calon-calon sebenarnya sudah pun turun ke akar umbi dalam apa sahaja ruang yang ada bagi bertemu dengan perwakilan memperkenalkan diri.
Hihi kadang-kadang nak tergelak pun ada sebabnya dulu nak dapat bayang pun susah , sekarang bukan setakat bayang siap boleh bersembang sampai pagi.Haha apa pun itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang akan berlaku apabila menjelang pemilihan.
Seperkara yang perlu diingat adalah perwakilan perlu bijak menilai dan merujuk kepada mereka-mereka yang lebih lama dalam politik bagi menentukan sejauh mana calon-calon yang menawarkan diri itu benar-benar calon yang selayaknya di angkat menjadi pemimpin.
Ianya sebenarnya sama seperti mana kita berdepan dengan "direct selling" percakapan itu kadang-kalanya membuatkan kita terpegun sedangkan hakikatnya barangan yang di jual tidaklah sehebat mana.
Kepada semua khususnya calon-calon masanya makin hampir kini dan tanggal 14 September 2013 Sabtu ini bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan.
Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.
Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.
Tiada lagi kuota tertentu untuk dilepasi macam dulu, seperti Presiden (30 peratus), Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT (10 peratus). Atau sebelum UMNO diharamkan pada 1988, yang mengkehendaki sesiapa yang bertanding memerlukan dua pencalonan daripada bahagian.
Kali ini, kelayakan itu dipermudahkan untuk memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawah hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkannya.
"Dalam borang itu, ada jawatan-jawatan yang perlu diisi untuk ditandingi...apa sahaja jawatan, cuma perlu isi satu sahaja.
"Tempoh serah borang ialah pada 21 September, untuk jawatan MT termasuk Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden perlu dihantar ke ibu pejabat oleh calon atau wakil calon dengan disahkan menerusi sepucuk surat ditandatangani calon.
"Borang untuk jawatan peringkat bahagian pula boleh dihantar ke pejabat perhubungan UMNO negeri," kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh kepada penulis semalam.
Pemilihan UMNO kali ini penting untuk memastikan parti terus berdiri tegap berkhidmat kepada rakyat sebelum mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.
Ada pihak berkata, kalau benar UMNO mahu perubahan, sekurang-kurangnya separuh daripada ahli MT perlu ditukar. Benarkah? Itu terserah kepada 146,500 perwakilan UMNO di seluruh negara.
Lusa ini, sebelum menanda jawatan yang ingin ditandingi, fikirkanlah jawatan yang sesuai. Anda ada seminggu untuk berbuat demikian sebelum satu jawatankuasa penilaian membuat saringan ketat termasuk bebas dari bankrupsi, untuk persaingan muktamad pada Oktober.utusan
Kepada semua calon ukurlah baju di badan sendiri
MMI
No comments:
Post a Comment