Gambar Hiasan |
KUANTAN: Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.
Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira jam 4.30 pagi.
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.
Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.
Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.
Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.Bernama
Aiseyman !! Macam mana ni ? Kalau di ikutkan sebagai pemain bolasepak profesional semacam ni rasanya soal disiplin tak perlu cakaplah sebabnya perkara itu adalah yang paling utama dalam membentuk pemain dan pasukan.
Apatah lagi bila dah sampai tahap profesional ni ! Ada juga orang kata disiplin atas padang tak sama dengan benda di luar , Ya betullah tapi kalau atas padang boleh disiplin kenapa bab bilik tidur ni tak mau disiplin ? Kita tu orang Melayu dan beragama Islam !
Sayang di saat Malaysia sedang membina pasukan terkuatnya tiba-tiba berlaku pula perkara semacam ni ! Pandangan MMI pihak berwajib kena ambil tindakan terhadap 2 orang pemain tersebut kalau tidak hmmm HAMPEH !! Rosak nama kawan-kawan lain ...
Psst nak menang bukan mudah kena sabar bro !!
MMI
No comments:
Post a Comment