Followers

Friday 22 November 2013

Guan Eng Bakal Pimpin PAS ?!!


Dewan pemuda PAS yang bersidang semalam telah memutuskan untuk menolak usul bagi mempertahankan kepimpinan ULAMA !

Bergema segenap ruang dewan dengan perbahasan daripada perwakilan mereka dari serata negeri bersungguh-sungguh menjadikan perlembagaan ciptaan puak PAS sendiri sebagai kayu ukur atau ALKITAB memperkuatkan hujah masing-masing.

Rentetan daripada itu maka PASTILAH sememangnya PAS sudah lama berubah , dari pengamatan MMI sebagai parti yang mengaku meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka tindakan menolak kepimpinan ULAMA cukup memalukan.

Apakah ULAMA dalam PAS sekarang ini langsung tidak bernilai ??

Apakah definisi ULAMA dalam PAS sekarang ??

Adakah ahli-ahli PAS yang mengaku bijaksana dalam agama Islam hanya mengangap ULAMA sekadar penasihat kepada parti semata-mata ??

MMI sendiri kurang pasti tentang jawapannya namun jika di ambil kira dari kenyataan Khalid Samad jelas apa yang telah berlaku menunjukkan ULAMA sememangnya tiada tempat di hati ahli-ahli PAS untuk di angkat sebagai pemimpin kerana mereka selayaknya berperanan memberikan nasihat selebihnya di putuskan oleh kepimpinan eksekutif parti seperti Presiden , Timbalan Presiden dan lain-lainnya.



Dalam masa yang sama mereka turut mendoakan supaya Guan Eng memeluk Islam kononnya atas hasil "tahaluf siyasi" yang di jalankan selama ini di antara PAS dan DAP.

TAHNIAH MMI ucapkan kepada perwakilan pemuda PAS kerana matang dalam membuat keputusan.

Rasanya persiapan ini sudah di lakukan awal lagi dan ianya sudah mula di perkatakan sejak kempen PRU13 lalu.


Persoalannya sedarkah mereka bahawa apa yang mereka gelarkan sebagai "tahaluf siyasi" itu tidak pernah berlaku seperti mana yang di gambarkan ??

Tahukah mereka bahawa selama ini yang berlaku hanyalah satu perjanjian atau kontrak tanpa tandatangan di antara PAS dan DAP yang telah meletakkan parti itu sebaris pelacur-pelacur dalam peti kaca di pusat-pusat pelacuran yang bercambah di Pulau Pinang dan Selangor ?

Mana mungkin semua itu berlaku sedangkan banyak perkara di tolak mentah-mentah oleh kepimpinan DAP dan PAS pula seperti terkena nasi kangkang mengiakan segala saranan dan teguran daripada mereka yang bukan Islam dalam DAP !! 

Inilah sebenarnya RETORIK yang mahu di suap kepada rakyat kononnya PAS sedang bergerak dan berusaha untuk membangun bersama Islam sedangkan hakikatnya mereka sudah jauh tersasar daripada landasan yang sepatutnya.

Bayangkan mereka yang diangkat sebagai ULAMA pun di ketepikan oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi dan menjadikan perlembagaan ciptaan manusia sebagai wadah untuk mengHALALkannya.Inikan pula mengimpikan si Guan Eng memeluk Islam ??

MMI bukan menolak sebarang dakwah kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka-mereka itu memeluk Islam namun biarlah ianya logik dan bukan di buat-buat.


Mengenepikan peranan ulama untuk memimpin tetapi dalam masa yang sama boleh berdoa supaya Guan Eng memeluk Islam !! 

Brader , siapa sebenarnya yang kamu mahu memimpin PAS ????

Guan Eng ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels