Followers

Monday 4 November 2013

Malam Akhir Menjelang PRK Sungai Limau PEMIMPIN PAS Mula PROTES !!


Nampaknya apa yang MMI jangkakan akan berlaku di kem pembangkang benar-benar berlaku ! Malah ianya jauh lebih dasyat daripada apa yang di jangkakan.

PAS yang sebelum ini mendabik dada kononnya Sungai Limau ini adalah kubu kuat mereka akhirnya terpaksa akur dengan gerak kerja berterusan daripada jentera Barisan Nasional yang berjaya menyedarkan rakyat serta pengundi betapa perlunya mereka memilih wakil rakyat daripada Barisan Nasional untuk mewakili mereka.

Kerana terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau , PAS khususnya telah melakukan banyak kesilapan yang sebenarnya telah menyedarkan rakyat bahawa selama ini mereka telah di tipu dengan janji-janji kosong para pemimpin PAS sendiri.

MMI yakin rakyat jauh lebih bijak untuk menyedari sikap tidak bertanggungjawab pemimpin dan jentera PAS khususnya apabila cuba mengaitkan nama Arwah Ustaz Azizan sehinggakan mereka perlu berbohong kepada rakyat.

Bukan setakat itu sahaja jentera pembangkang juga turut menghina arwah Ustaz Azizan serta keluarganya apabila replika kaki di gantung di sekitar DUN Sungai Limau semata-mata untuk melahirkan rasa benci rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Baca Sini 

Paling mengejutkan perjumpaan pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP telah mengesahkan PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS.

Menurut wakil DAP , PRK Sg Limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. 

Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari perjumpaan yang diadakan. 

4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menutup dan tidak membawa keluar pengundi esok kerana tidak berpuas hati dengan tindakan DAP yang mengatur segala proses PRK Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun ditempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dalam PRK Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah dalam kenyataan Lim Kit Siang sebelum ini beliau menyebut "Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding".

Persoalan MMI mudah di mana agaknya MARUAH pemimpin PAS dan jenteranya sejak bermulanya hari penamaan calon kerana hari demi hari satu persatu sikap dan kerja buat mereka di telanjangkan.

Barangkali inilah yang di namakan POLITIK DAMAI !! Bermusuh sesama Islam tetapi berdamai malah bersahabat dengan mereka yang tidak pernah memghormati parti PAS dan kepimpinannya selama ini.Lebih TERUK lagi sanggup berbohong semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada para pengundi.

MMI

1 comment:

  1. Kedunguan Mahfuz, kebanggaan kami
    -PAShit

    ReplyDelete

Labels