Followers

Monday, 30 December 2013

HIMPUNAN HARAM GULING KERAJAAN Lu Langsi Lu PASTI .... !!


AMARAN sudah pun di keluarkan oleh pihak berkuasa supaya jangan ada mana-mana pihak menyertai himpunan haram yang di rancangkan oleh puak-puak kepala batu yang mengaku berjuang untuk rakyat sedang hakikatnya mahu menggulingkan kerajaan.

Kita harus faham turun ke jalanraya bukanlah satu tindakan bijak apatah lagi bagi mereka yang mengaku berjuang tentang hak dan kebebasan.Apakah benar semua rakyat Malaysia menyokong gerakan seumpama ini ??

JIka YA , rasanya sudah lama kerajaan Barisan Nasional di ganti dengan kerajaan lain melalui pilihanraya.Namun keputusan dalam pilihanraya tetap menyebelahi Barisan Nasional sehinggakan pembangkang terpaksa merancang pelbagai perkara mengaitkannya dengan UMNO dan BN.

Namun segala tuduhan sebelum ini ternyata hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata , BUKTInya tidak ada satu pun laporan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Begitulah reaksi sebahagian daripada puak-puak penjilat tegar pembangkang yang hanya memikirkan tentang BANGKANG dan FITNAH !!

Kini mereka merancang lagi kononnya atas nama hak rakyat kerana isu cadangan kenaikan kos yang di umumkan oleh kerajaan.

Bagi mereka yang tidak mahu membuat pencerahan sudah tentu setiap tuduhan itu akan di telan bulat-bulat dan sudah SEMESTInya sentimen membela rakyat marhain di pukoi canang setiap jam.

Adakah dengan mengheret warga kita ke jalanraya akan lebih menguntungkan RAKYAT ??

MMI cuma nak ingatkan jangan sesekali melupakan sejarah yang telah tercatit di bumi Mesir dan yang seangkatan dengannya betapa mereka sehingga ke hari ini masih terkial-kial mencari apa yang di lalakkan selama ini sebagai KEBEBASAN !!! 

Percayalah mana-mana kerajaan di dunia hari ini yang bermulanya daripada aksi di jalanan sudah barang pasti akan menerima kesannya kerana MMI percaya seperti mana sesuatu itu bermula maka seperti itulah ianya akan berakhir.

Berbalik kepada isu gerakan terancang MENGGULINGKAN KERAJAAN yang hari ini di lihat sudah mula mencair dengan cubaan untuk berselindung di sebalik gerakan TURUN yang kononnya suara rakyat mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan semula cadangan kenaikan kos , MMI melihat ianya tidak lebih dari satu sandiwara politik.

Apakah JAMINAN Rafizi , Chegu Bard dan mereka-mereka yang terlibat bahawa himpunan itu nanti adalah himpunan paling BERSIH yang tidak akan mendatangkan sebarang bentuk kekacauan seperti mana yang telah terbukti dalam himpunan BERSIH yang tidak BERSIH sebelum ini ??


Sehingga saat ini tidak ada sebarang JAMINAN yang di berikan oleh mana-mana pihak malah tidak ada suara daripada mana-mana pemimpin terlibat untuk MENGAKU bahawa himpunan ini tidak akan mendatangkan kekacauan malah sekiranya berlaku kekacauan maka pemimpin ini akan BERTANGGUNGJAWAB !!

Bertanggungjawab di sini membawa maksud sekiranya berlaku waima sebesar zarah sekalipun sebarang bentuk kejadian provokasi dan kekacauan maka pemimpin itu bersedia untuk di TANGKAP dan di TAHAN sebagai PESALAH negara untuk satu tempoh masa tertentu.

Mana ???

Tidak mungkin berlaku kerana sudah ada maklumat yang menunjukkan mereka-mereka itu sudah bersiap sedia untuk menyalahkan pihak polis dan kerajaan khususnya UMNO menjelang jam 10 malam 31 Disember 2013.

Untuk apa semua itu di rancang melainkan untuk mencetuskan suasana PANIK dan menjadikan Dataran Merdeka seperti mana Medan Tahrir di Mesir.

Dalam masa yang sama sudah ada bunyi dari kem pembangkang untuk menyaman pihak berkuasa kerana menuduh NGO tertentu sebagai perancang himpunan yang akan di lakukan.

Namun rakyat perlu tahu bahawa Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.utusan 

Selain dari itu PERINGATAN sudah pun di berikan sebelum ini oleh pihak Polis kepada semua pihak jangan sesekali hadir dalam perhimpunan haram gulingkan kerajaan kerana mereka boleh di dakwa dan di kenakan hukuman 15 tahun penjara.

 

Harus di ingat juga bahawa pihak pembangkang yang kini sedang teruja untuk turun ke jalanraya begitu yakin bahawa mereka di lindungi malah mungkin KEBAL dengan menjadikan peruntukan Perlembagan & Akta Perhimpunan sebagai syarat LULUS untuk merealisasikan hasrat mereka.

Namun jangan pula ingat bahawa pasukan Polis tidak punya kuasa di sebalik peruntukan perlembagaan & akta tersebut.

   

Apa lagi agaknya yang mahu di jadikan alasan selepas ini oleh puak-puak kepala batu ini untuk menghalalkan tindakan mereka ??

MMI rasa mereka akan terus LANGGAR !!!

Jadi JELAS mereka sebenarnya punya agenda tersendiri yang seharusnya di HALANG oleh pihak berkuasa.Malah seluruh rakyat seharusnya MENOLAK gerakan seumpama ini kerana ianya tidak lebih daripada satu lagi USAHA untuk memburukkan kerajaan dan negara.


Kepada pihak berkuasa MMI sarankan supaya TANGKAP sahaja mereka-mereka ini , jutaan rakyat Malaysia sebenarnya mahu tindakan sebegini di ambil.Sudah-sudahlah bagi muka kepada mereka kini masa kita untuk bertindak.

Mudah cita LU LANGSI LU PASTI kena !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels