Followers

Monday 6 January 2014

Antara Kontroversi & Publisiti Murahan , MARINA Sebenarnya TEWAS !!


Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir, enggan melayan kecaman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang semalam.

Menurutnya beliau tidak akan membuang masa untuk memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya di sini pada Isnin.


Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Sebelum ini Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakannya menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut.

Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan.mstar

Banyak pihak melihat kesan daripada tindakan Marina sedikit sebanyak mencalarkan imej Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin dan bekas perdana menteri Malaysia.

Memetik kenyataan saudara Irwan Fahmi Ideris bahawa Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti sebenarnya ianya jauh lebih dari itu.

Marina sebenarnya KELIRU dengan sikap keterbukaannya sendiri malah tidak mampu di garap sebaik mungkin menyebabkan beliau TEWAS dalam perjuangannya sebagai anak Melayu.Baca Selanjutnya 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels