Followers

Wednesday, 15 January 2014

Ethnic Cleansing ? MARA Akan Berpindah ...


Pusat Giat MARA di Selangor tidak akan diarah pindah jika kerajaan pakatan rakyat Selangor ada sikap ‘goodwill’ terhadap usaha agensi berkenaan memberikan pendidikan kemahiran kepada belia-belia di negeri itu.

Lagipun menurut Tan Sri Annuar Musa, MARA bukannya peneroka haram boleh diusir begitu sahaja tanpa sebarang ganti rugi atau pampasan.

Menurut Pengerusi MARA itu, pihaknya sudah maklum notis oleh Pegawai Tanah dan Daerah Gombak supaya mengosongkan tanah tapak Pusat Giat MARA di Selayang.

“Mereka (kerajaan negeri) tidak sabar-sabar minta kita keluar sedangkan notis sehingga 10 Disember 2014. MARA akan cari tempat lain yang sesuai,” katanya kepada Agendadaily Selasa mengulas laporan blog dan laman sosial mengenai arahan kerajaan Selangor supaya Pusat Giat MARA itu berpindah.

Sebelum ini dilaporkan Exco kerajaan negeri yang juga Adun DAP Seri Kembangan,  Ean Yong Hian Wah turut hadir menyerahkan notis itu kepada pihak Pusat Giat MARA Selayang.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, proses perpindahan akan mengambil masa kerana pusat itu menawarkan kursus elektrik dan memerlukan tempat baru yang sesuai.

Perkara itu katanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis pada 28 Januari ini.

Mengulas lanjut tindakan kerajaan Selangor itu, Annuar berpendapat, jika kerajaan pakatan rakyat mempunyai sikap ‘goodwill’ mereka tidak akan bertindak demikian.

“Ketika diperintah Barisan Nasional dahulu, mereka ada sikap itu demi memberi peluang kepada belia-belia di Selangor mendapatkan pelajaran dan kemahiran untuk masa depan,” katanya.sumber 

Dari apa yang berlaku jelas memperlihatkan sikap pemimpin pembangkang yang sebenar , mereka bukan sahaja bersembunyi di sebalik wajah manusia tetapi menyimpan agenda yang sejak sekian lama terpendam untuk mengusir orang Melayu.

Jangan sesekali lupa apa yang telah berlaku di Bosnia Herzegovina satu ketika dulu , "ethnic cleansing" penduduk Islam majoritinya menerima musibah kerana terlalu percayakan mereka yang bukan Islam.

Apa kita mahu kejadian yang sama berlaku di Malaysia ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels