Mudah bukan ? Segala-galanya di tuding kepada kerajaan sedangkan hakikat sebenar faktor kenaikan harga yang berlaku di negara Malaysia sebahagian besarnya di tentukan oleh mereka yang menguasai peringkat pengeluaran dan pembekalan.
Sedarkah kita walaupun kerajaan mengamalkan ekonomi pasaran bebas ( free market economy) kita masih menentukan harga siling barangan , kerajaan juga membuat kawalan harga bagi sesetengah barangan , mengawal bekalan dan memberikan subsidi kepada barangan-barangan terpilih.
Tidak di nafikan harga di peringkat pasaran adalah terbuka tetapi melalui pemantau dan kawalan seperti mana yang di nyatakan di atas harga barangan utama dapat di pantau seterusnya memberikan kelebihan kepada pengguna.
Perlu diingat kenaikan harga seperti minyak contohnya sering kali menjadi alasan kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan sedangkan mereka tahu bahawa ianya berpunca daripada kenaikan di peringkat global.
Begitulah senario yang sering berlaku di negara kita , amat sukar untuk kita melihat pembangkang khususnya memberikan cadangan yang bernas bagi mengatasi kenaikan ini melainkan tindakan tidak profesional menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.Rujuk SINI.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu ucapannya di Kemaman semalam berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional semalam.
Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya.
Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.
"Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat," katanya.
Inilah antara usaha berterusan yang di gerakkan oleh kerajaan dan antara yang sedang di usahakan sekarang ini adalah pelaksanaan GST penambahbaikkan sistem percukaian sedia ada.
Malah pelaksanaan GST itu nanti mampu memberikan pulangan yang baik kepada pengguna sebenarnya.Baca SINI.
Kerajaan tidak mesra pengguna ??
Sesuatu yang harus di fahami oleh rakyat adalah jika DULUNYA kerajaan di tuduh sebagai mesra pembekal dan bukannya pengguna kini kerajaan sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna dan mesra dengan semua pihak.
Apakah itu juga masih di anggap sebagai satu kesalahan ?
Lihatlah bagaimana mereka sentiasa membangkang dan mencari alasan untuk menyalahkan kerajaan !!utaranews
Komen MMI puak pembangkang bukan sahaja cari alasan untuk membangkang tetapi turut mengambil kesempatan di atas segala usaha kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Tak Percaya ?? Nah..
MMI
No comments:
Post a Comment