Followers

Friday 17 January 2014

HINA @NajibRazak ADUN PKR BODOH Tak Sekolah TADIKA !!


Ekoran daripada tindakan bodoh lagi tak boleh di ajar ADUN PKR paling sengal di Pulau Pinang sebelum ini yang menyumbat kangkung ke mulut replikan Najib , pelbagai pihak kini bangun mengecam tindakan beliau bersama 15 orang penyokongnya yang berdemo di Machang Bubuk baru-baru ini.


Antaranya ADUN Pulau Betong , YB Muhamad Farid Saad beliau menyifatkan tindakan Lee Khai Loon bersama penyokong-penyokongnya sebagai tindakan melampau dan kebudak-budakakan.

Berikut adalah kenyataan media yang di keluarkan oleh beliau petang semalam ,

1. Tindakan kebudak-budakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat@ YB Ahli DUN

2. Seorang YB Ahli Dewan perlu menunjukkan kematangan berpolitik yang lebih tinggi dan dengan tindakan tersebut seumpama seorang aktivis jalanan sahaja.

3. Tindakan YB Macang Bubuk jelas menunjukkan beliau tidak faham apa yang diungkapkan oleh YB PM dalam ucapannya di Kemaman.Dia terikut-ikut dengan keseronokan mengaibkan dan menjatuhkan maruah pemimpin negara.

Memomokkan YAB PM debgan perlakuan sebegitu(menyumbat kangkung) juga menunjukkan standard pemikiran beliau sendiri.

4. Tindakan itu hanya gimik murahan seorang yang ketagihan untuk jadi popular.

5. Sungguh memalukan jika contoh yang paling mudah diberikan oleh YAB PM tidak dapat difahami.Kenyataan YAB PM ‘taken out of context’.

Kita boleh berdebat dan berhujah menegakkan pendirian serta kefahaman kita,akan tetapi perbuatan menghina orang lain janganlah kita buat,lebih-lebih lagi pemimpin No 1 negara yang sedang berusaha keras,turun ke bawah bersama para menteri untuk bersama berikhtiar mencari penyelesaian kepada kemelut kenaikan kos sara hidup yang sedang melanda negara ini.

Saya kira ADUN Macang Bubuk tersalah langkah atau mungkin tersalah mendengar nasihat serta pandangan rakan-rakan yang turut serta bersama beliau.MAKA ELOKLAH :-

Beliau meminta maaf secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dan tidak lagi membuat dan mengulangi tindakan biadap ini.

Saya juga minta kepimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Pembangkang termasuk Ketua Menteri menegur adab tatasusila wakil-wakil rakyatnya.

Kita,wakil rakyat tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada rakyat.

YB Muhamad Farid Saad
ADUN Pulau Betong
16 Jan 2014

# Komen MMI kalau dah jenis tak boleh di ajar ni memang perangai macam tu , hairan macam mana puak-puak pembangkang boleh pilih orang macam ni jadi pemimpin ? Budak lagi apa yang di buat semuanya pakai logik akai ja mungkin sebab tak sekolah tadika agaknya.

Baca juga artikel berkaitan di SINI dan SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels