Followers

Friday 17 January 2014

HOT RBA Offer Blogger Dr MiM ?!!


Panas ! Nampaknya puak-puak pembangkang semakin kelam kabut dengan isu penghinaan terhadap kepimpinan negara melibatkan Adun Machang Bubuk dari PKR baru-baru ini.Macam-macam helah di cari untuk mempertahankan puak-puak musibat kangkung PKR yang sengaja mencari bala tu.

Jika di imbas kembali isu kangkung ni , semuanya bermula dengan ucapan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kemaman.Petikan ucapan YAB Perdana Menteri sewaktu memberikan contoh tentang isu kenaikan kos itu telah di adu dombakan sampaikan sayur kangkung menjadi begitu popular sekejap.

Seluruh jentera siber pembangkang termasuk RBA begitu bersungguh-sungguh memutar belitkan isu tersebut yang sebenarnya hanya menjadi bahan lawak jenaka kepada sesetengah pihak.Namun sikap tidak mudah melatah YAB Perdana Menteri harus di puji kerana beliau bukan sahaja telah mengambil sikap tunggu dan lihat tetapi juga mengkaji sejauh mana isu tersebut mampu memberikan impak kepada kerajaan serta Barisan Nasional.

Akhirnya perkara sebaliknya berlaku , mungkin kerana terlalu teruja dengan permainan rakan sendiri ADUN Machang Bubuk dari PKR menjadi mangsa kepada permainan politik bodoh lagi dungu ini.


Beliau bukan sahaja telah bertindak seperti orang tak cukup akal tetapi turut membuktikan betapa pemimpin daripada pembangkang sebenarnya amat tidak profesional malah bersikap kebudak-budakkan seperti mana yang telah di nyatakan oleh YB Muhamad Farid Saad Baca Sini 

Ekoran tindakan bodoh itu beliau telah di kecam banyak pihak termasuklah dari kalangan blogger pro kerajaan,NGO termasuklah Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang sendiri.

Paling menarik YAB Perdana Menteri hari ini turut sama memberikan respon tentang isu yang di bangkitkan.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.
Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh,orang tertentu sahaja makan.
Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.
Sekali lagi puak-puak pembangkang seolah-olah kena penampar sebabnya daripada ulasan yang di buat oleh YAB Perdana Menteri jelas menunjukkan beliau bukan sahaja bersahaja dalam mendepani isu ini tetapi menunjukkan sikap kematangannya sebagai seorang pemimpin sebuah negara jauh sama sekali jika nak di bandingkan dengan Adun KANGKUNG di Machang Bubuk.

Barangkali kerana hilang punca agaknya RBA di kesan telah menawarkan blogger Dr MiM untuk bersama-sama mereka berkhidmat kononnya kepada rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.


"Join us la ....we can serve the penang people 2gether under LGE."

Betul ke untuk rakyat Pulau Pinang ? Rasanya lebih kepada Lim Guan Eng kot !!!

Selebihnya ampa baca di SINI 

Psst lepas ni doc naik mercedes la cita dia !!

MMI

1 comment:

  1. Isu ini pernah disebut sebelum pru13 lepas.dibincangkan di penang institute.byk bentuk tawaran cumanya doc tu terima atau tak.cuba tanya doc tu dia mungkin tahu.cuma isu ini tidak dikeluarkan atas tiada kerjasama dari doc tu sendiri.

    ReplyDelete

Labels