Pertamanya semua kegiatan melibatkan judi itu adalah HARAM ! Tidak ada lagi apa-apa hujah lain yang boleh merubah hakikat itu cuma mungkin bagi mereka yang bukan berpegang kepada agama Islam akan merasakan judi itu satu pelaburan.
Tapi apabila di rujuk kepada rakan bukan Islam pun mereka tidak bersetuju dengan menjadikan judi sebagai satu pelaburan , mungkin bagi segelintir tetapi sebahagian besar daripada bukan Islam sendiri pun menganggap judi itu satu pembaziran sekiranya ia menjadi salah satu tugasan utama mana-mana individu.
Entahlah MMI malas nak ambil tahu tentang agama atau budaya orang lain sebab sejak dari kecil MMI di didik supaya menghormati orang lain dan percaya kepada Allah tuhan yang maha Esa dan menjadikan Al-Quran sebagai kitab rujukan.
Ok lah citanya kali ni tentang perihal judi dan bila sebut judi ni MMI nak bawakan satu episod baru yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang.
Macam biasa bila sebut Pulau Pinang ni kita akan nampak sebuah negeri yang kini di miliki oleh rejim DAP dan selalunya bertindak mengikut suka hati mak depa ja..
Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu di tadbir oleh kerajaan DAP.Semenjak itu pelbagai perkara dan kejadian-kejadian tertentu mula berlaku.
Barangkali kerana polisi kerajaan negeri yang baru maka banyak perkara yang menjadi perhatian bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang bahkan di seluruh negara.
Isu paling panas yang mula-mula mengambil tempat di Pulau Pinang adalah demontrasi besar-besaran NGO terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng , ini kerana nasib orang-orang Melayu seolah-olah tidak di jaga.Semuanya bermula apabila satu demi satu premis atau gerai milik orang Melayu di robohkan oleh pihak berkuasa tempatan walaupun sebelum itu di waktu kerajaan Barisan Nasional memerintah ianya di berikan ruang berdasarkan perbincangan dan budi bicara.
Entah kenapa secara tiba-tiba orang Melayu di jadikan sasaran sampaikan rumah persendirian pun di ganggu sedangkan ianya langsung tidak setimpal dengan alasan yang di berikan.
Kemudiannya pelbagai perkara lain bersusun mengambil tempat termasuklah antaranya isu tanah Bayan Mutiara , Balik Pulau dan banyak lagi.
Tidak terkecuali warga India Kampung Buah Pala yang telah di janjikan oleh Anwar seminggu setelah Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang , Ketua Menteri akan hadir di kampung tersebut bagi menyelesaikan masalah penduduk.
Namun sebaliknya berlaku apabila jentera berat yang hadir seterusnya merobohkan kampung terbabit.
Itulah antara beberapa insiden yang pernah berlaku di bumi Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.
Kini Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mengeluarkan satu lagi kenyataan yang di siarkan oleh theStar Online untuk menolak sebarang kegiatan perjudian melibatkan kasino malah menggelarkannya sebagai sesuatu yang membahayakan.
Bukan bererti kita tidak bersetuju dengan penolakan tersebut tetapi ianya menimbulkan persoalan kepada banyak pihak.
Apakah ianya di buat atas motif tertentu atau punya kepentingan politik ?
Semuanya berlaku kerana Pulau Pinang sebelum ini merupakan antara negeri yang sering menerima jolokan sebagai pusat perjudian dan maksiat khususnya di sebelah utara.
Banyak pusat hiburan tumbuh bak cendawan sejak 2008 yang lalu malah penganjuran pertandingan ratu bikini dan seangkatan dengannya sering mengambil tempat saban tahun.
Malah pusat perjudian haram seolah-olah di benarkan dan sudah pasti kegiatan jenayah semakin bertambah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi sebelum ini pernah mendedahkan kadar jenayah di negeri itu bagi tempoh antara Januari hingga pertengahan Ogos tahun lalu meningkat sebanyak 281 kes atau 4.7 peratus.
Jumlah ini, jelas Abdul Rahim telah menyaksikan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya yang melibatkan kes seperti samun tanpa bersenjata api, kecurian dan sebagainya.
Selain itu, Polis Pulau Pinang turut membuat operasi Op Cantas Khas bagi membendung jenayah yang meliputi premis perjudian haram dan pusat penjualan video cakera padat (VCD) serta video cakera digital (DVD) yang tidak berlesen.
Langkah tersebut terpaksa diambil bagi membanteras segala aktiviti haram yang semakin meningkat dalam usaha mengurangkan indeks kadar jenayah di Pulau Pinang.
Seperkara yang harus di ambil kira oleh rakyat Pulau Pinang adalah walaupun Guan Eng menolak sebarang pembinaan kasino atau pusat judi seperti itu , pertumbuhan pusat judi haram di seluruh negeri sentiasa bertambah dan ini lebih merunsingkan banyak pihak.
Malah kewujudan pusat judi haram ini sudah sampai ke kawasan rumah-rumah kedai di sekitar taman perumahan yang dekat dengan kampung-kampung.
Di mana suara Lim Guan Eng atau barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mengatasi masalah ini ?
Malah ada ketikanya Guan Eng menuding jari pula kepada pihak Polis kerana di katakan ianya di bawah bidang kuasa pihak mereka sedangkan hakikatnya pusat-pusat judi haram ini sering kali berselindung di sebalik lesen perniagaan komputer,insuran,penjualan telefon bimbit,cyber cafe dan banyak lagi yang sebenarnya di keluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Untuk rekod sehingga ke hari ini tidak pernah ada sebarang arahan daripada Guan Eng sendiri yang mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan sama ada MPSP atau MPPP menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemilik lesen yang menyalah gunakan lesen mereka bagi tujuan perjudian haram ini.
Jika ada sudah pasti gerakan pegawai-pegawai majlis ini akan sehebat seperti mana hebatnya mereka merobohkan gerai-gerai milik orang Melayu !
Bukan soal menolak pembinaan kasino di Pulau Pinang tetapi rakyat mahu melihat kerajaan negeri pimpinan Guan Eng bertanggungjawab serta amanah dengan memberikan kerjasama kepada pihak Polis dengan mengeluarkan arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan supaya segera menyelesaikan masalah sosial ini daripada terus membelenggu rakyat.
Kepada kerajaan negeri di ingatkan janganlah bermain politik , rakyat tidak bodoh dan jangan perbodohkan rakyat ! sumber
MMI
No comments:
Post a Comment