Followers

Saturday 26 April 2014

Air Force One Selamat Mendarat Obama Kini Di Malaysia


Pesawat paling canggih di dunia Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama kini selamat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang.Kehadiran Obama di sambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Turut hadir menyambut Obama ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Dr. Awang Adek Husin.


Obama kini sedang bergerak menuju ke bangunan Parlimen Malaysia bagi menyertai majlis sambutan rasmi oleh kerajaan Malaysia.


Sebelum ini lawatan pemimpin nombar satu dunia itu ke Malaysia ditunda beberapa kali ekoran krisis politik yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh.

Obama merupakan Presiden AS kedua melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Lawatan bersejarah itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Obama ke Asia meliputi negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Kunjungan tersebut membawa makna besar bagi Malaysia kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini selain pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib.

Pada masa yang sama, kesediaan Obama memilih Malaysia juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini yang aman dan harmoni.

Sempena lawatan ini, Najib dan Obama dijangka membincangkan kerjasama ekonomi, pelaburan, aspek keselamatan, pertahanan serta sains dan teknologi.

Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara. 

kredit sumber utusan

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels