MMI yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia hari ini terus mengharapkan agar kehilangan pesawat MH370 segera di rungkaikan.Bahkan seluruh dunia juga mengharapkan perkara yang sama dan sudah tentu pada ketika ini pasukan pencari adalah mereka yang paling tertekan memandangkan tempoh jangka hayat bateri kotak hitam di laporkan hanya punya masa berbaki 2 hari atau kurang dari itu.
Bukan sesuatu yang mudah bagi mereka yang sejak hari pertama berusaha untuk menjejak pesawat malang terbabit menghadapinya.Sebak , sedih dan pelbagai perasaan sudah pasti menguasai diri walaupun mereka tidak punya sanak saudara dalam pesawat terbabit.
Ini adalah sebahagian daripada norma-norma kehidupan manusia normal untuk punya rasa sedih dan simpati terhadap sesiapa jua yang menjadi mangsa.Tak pastilah MMI dengan puak-puak pembangkang di Malaysia ni , sebab bagi MMI puak-puak tu bukan ada perasaan malah langsung tak normal.Di saat orang lain bersedih mereka pula di lihat lebih teruja untuk cari keuntungan politik semata-mata.
Selain daripada itu pelbagai spekulasi timbul sejak kehilangan pesawat tersebut di laporkan , apa sahaja kaitan yang ada sudah barang pasti akan di kaitkan sehingga insiden ini menjadi tajuk utama di seluruh dunia.
Malah melalaui pemerhatian MMI sendiri , kumpulan yang obses dengan UFO pun turut menulis tentang kehilangan misteri ini.
Dalam semua spekulasi dan teori yang di catatkan nama Diergo Garcia paling kerap di kaitkan.Bermacam-macam teori muncul hingga menyebabkan banyak pihak mempercayainya.salah Salah satunya adalah teori Philips wood.
Seluruh dunia gempar seketika apabila teori ini bukan sahaja punya kaitan tetapi turut punya bukti bergambar serta text message yang menyatakan dengan jelas bahawa pesawat terbabit di rampas dan kini berada di salah satu pengkalan tentera.
Sejauh mana kebenaran teori ini ? Jom kita review apa kata MOM..
1. Blogger jimstonefreelance.com adalah seorang yang genius, beliau pandai menarik trafik ke dalam blognya dan amat pandai memukau orang ramai sehingga sebahagian pembaca tergoda dan tertarik.
2. Sebagai seorang blogger, saya memang “Salute” jimstone tetapi jimstone ada agenda, semua blogger ada agenda masing-masing, jadi apabila seorang pembaca meniliti setiap tulisan seorang blogger, dia harus berhati-hati untuk menganalisa dan menyiasat apa yang yang blogger itu sampaikan.
3. Malangnya, pembaca kita yang terdiri dari orang Melayu Islam tidak begitu, jutaan anak Melayu tertipu dengan teori Philips Wood yang beredar di internet sehingga benar-benar yakin bahawa pesawat ini sudah ditawan dan penumpangnya selamat di Diego Garcia.
4. Saya sudah membuat andaian perkara ini lama dalam status saya di Facebook bahawa 95 peratus orang akan tertipu dengan konspirasi MH370 dan benar-benar yakin bahawa pesawat tersebut telah ditawan atau hijack.
5. Sehingga ke hari ini, tidak ada SATU PETUNJUK pun yang menunjukkan bahawa pesawat MH370 telah ditawan atau dirampas sedangkan sedikit demi sedikit, sudah ada tanda-tanda bahawa pesawat sebenarnya sudah pun tenggelam di dalam lautan.
6. Orang kaitkan dengan pesawat MAS yang ditemui di bumi Israel yang kononnya menjadi pendua kepada MH370 sedangkan teori ini saya sudah bincangkan dengan blogger Bradokapak akan timbul isu pesawat “Dummy” atau pendua semasa awal kemalangan ini terjadi.
7. Hari ini orangramai baru sahaja “HENDAK” mula berbincang, awal tak awal, BradokapaK telah membuat posting mengenai pesawat pendua pada artikelnya tetapi pesawat pendua ini ada kisah disebalik, cuma saya tidak berminat untuk sentuh di sini.
SEMUA PENGKALAN AMERIKA SYARIKAT DI KAWASAN TERPENCIL GUNAKAN KEMUDAHAN SATELIT UNTUK KOMUNIKASI
8. Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.
10.AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.
11.Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.
12.Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.
13.Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.
MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN
14.Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)
15.Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.
16.Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.
17.”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.”
KEPALSUAN TEORI
18.Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.
19.Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah ‘spoofing’.
20.Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?
21.Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.
22.Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikirar faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.
ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI
23.Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.
24.Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.
25.Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang. Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.
26.Selepas direndam, Iphone anda masih boleh dipakai, saya akan jadi pengguna Iphone yang baru sampai bila-bila.
27.Last but not least, sesiapa yang ada Iphone, cubalah sendiri dengan menutup mulut dengan kain dan kemudian beri arahan menggunakan suara…yang paling best, silalah beri arahan untuk menaip sms.MOM
Komen MMI , amat bersetuju dengan cadangan MOM kepada semua yang masih ragu-ragu tu cuba lakukan eksperimen seperti mana yang di sarankan.Mana tahu ada mana-mana pihak yang boleh merungkai satu lagi misteri untuk menyimpan Iphone dalam punggung selama 10 hari !
Harapan MMI adalah di saat segenting ini kita teruskan berdoa dan berikanlah sokongan kepada kerajaan serta mereka-mereka yang terlibat.Sesungguhnya usaha mereka-mereka itu bukan semudah mengata dan mengutuk malah nyawa mereka sendiri turut menjadi galang gantinya.
Bercakap , menulis , mengata , menuduh , mencaci , memfitnah memang mudah tetapi ianya tidak sama dengan mereka yang bergerak , berusaha dan merancang.
Selain daripada kita berdoa dan memberikan sokongan jangan lupa keajaiban juga sebenarnya adalah kuasa Allah swt.
#PRAYFORMH370
MMI
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini .. mohon link ke universitynewscapital.com
ReplyDelete