Parti PAS yang mengaku pejuang Islam kini sudah tercemar ! Hadi Awang Presiden parti telah di tuduh dan di sabitkan dengan kesalahan MEMFITNAH seorang bekas calon daripada PKR.Memfitnah beb !!! Ini bukan cerita main-main dan sejak pertuduhan di buat tidak ada lagi bayang-bayang atau kelibat orang yang di fitnah mahu menarik balik saman tersebut.
Bagi MMI mudah sama ada tarik balik atau tidak mahkamah dah buat keputusan Hadi Awang lakukan FITNAH !!
Cuma setakat sekarang si Hadi ni adalah buat lengah-lengah sikit dan mahkamah tinggi telah menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum itu dalam sebutan yang lalu Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.
Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.
Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.
“Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.
“Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.
“Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman,” katanya ketika ditemui.
Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat .
MMI nak tanya jugalah penyokong-penyokong kaki fitnah ni , RM2 juta tu nanti Hadi nak guna duit mana ? Duit sendiri ker ? Duit kutipan masa ceramah ker ? Atau duit tabung MEMALI ??????
Ada sapa-sapa nak tolong jawab ??
MMI
Setiap kali ceramah PAS..kantung bergerak akan kesana kemari.."DERMA PAS" katanya..
ReplyDeleteSenang Cerita kat kantung/tabung Derma tu Tulis "DERMA UNTUK HADI AWANG KENA SAMAN DENGAN PKR"..confirm bukan 2 juta je..malah lebih lagi boleh dapat...
Nak lebih lagi kutipan HADI AWANG buat ceramah kenapa "AHLI PKR SAMAN SAYA DAN ANU WAR TAK PERTAHANKAN SAYA HADI AWANG YANG BANYAK PERTAHANKAN ANU WAR?"
Bukti yang paling jelas sekali bagaimana bodoh ibni bahalol nya pemimpin PAS sampai boleh diperkotak-katikkan oleh ahli biasa PKR saja. Kalu pemimpin boleh dipijak-pijak oleh parti kawan, pengikut tok sah cakap lah. Itu pun depa dok anggungkan anuGAYrah poojaan depa tu - B.A.B.I aka Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati Ad-Dajal.....Memang sha lah PAS-pis-Pussy ni adalah KELDAI PR.....kahkahkahkah
ReplyDelete