Followers

Monday 2 June 2014

DAP Cuba Tipu Rakyat Pulau Pinang


Selepas PRU13 yang lalu pihak-pihak pembangkang sering kali melabelkan kerajaan Barisan Nasional sebagai penipu bila mana terdapat beberapa kenaikan kos melibatkan barang-barang keperluan harian rakyat.

Walaupun penjelasan di berikan berikutan kos-kos lain khususnya yang melibatkan perana global menjadi punca kepada kenaikan tersebut , pihak pembangkang tetap dengan percaturan politik mereka menangguk di air keruh selagi ia mampu memberikan keuntungan politik kepada pembangkang.

Kini perkara sama berlaku di Pulau Pinang di mana kerajaan negerinya sering kali melaungkan tentang hak dan kebajikan rakyat.Entah di mana silapnya secara tiba-tiba kerajaan negeri DAP Pulau Pinang akan menaikkan kadar harga bagi pas bulanan parkir kereta daripada RM50 menjadi RM60.

Sudah barang pasti bagi kebanyakkan warganya kenaikan ini merupakan sesuatu yang di luar jangka memandangkan salah satu daripada janii mahupun manifesto kerajaan DAP Pulau Pinang adalah memansuhkan kutipan parkir.

Sejak menang dan sehingga kini bukan sahaja pemansuhan itu tidak berlaku kini rakyat perlu menanggung kenaikan kos pula.Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar melihat kepada kebajikan rakyat ?

Tahu bahawa rakyat sudah pasti akan merungut serta marah dengan tindakan sebegini maka DAP melakukan satu lagi percaturan politik yang di lihat lebih kepada satu pembohongan bersiri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengumuman bahawa harga asal adalah sebanyak RM75 dan kemudiannya di turunkan kepada hanya RM60 kononnya rakyat menerima diskaun sebanyak RM15 merupakan satu lagi tindakan mengaburi mata rakyat kerana selama ini harga bagi tiket parkir bulanan tidak pernah di naikkan sebanyak itu.

Hairan , bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang boleh mendabik dada kononnya telah memberikan diskaun sebanyak RM15 kepada pengguna tiket bulanan tersebut sedangkan ianya tidak pernah berlaku ?

Begitu mudah permainan DAP membohongi rakyat hanya dengan menyebut kenaikan kemudiannya diturunkan sedangkan hakikatnya rakyat dan pengguna di Pulau Pinang bakal berdepan kenaikan harga tiket parkir bulanan sebanyak RM10 akibat daripada kenaikan yang telah di umumkan.

Dengan tiket parkir bulanan bakal mencecah harga RM60 daripada harga asal RM50 pada ketika ini , kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi telah menekan rakyat dan mungkin selama ini kenyataan Guan Eng benar bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinannya berjaya mengelak daripada melakukan pembaziran dan mengumpul dana yang jauh lebih baik daripada kerajaan BN sebelumnya.

Jika kenyataan Guan Eng itu di ambil kira dan di bandingkan dengan keputusan untuk menaikkan harga parkir yang baru rasanya memang benarlah kata Ketua Menteri ini kerana kerajaan negeri sering merompak wang rakyat dan tidak mustahillah mereka punya banyak dana berbanding sebelumnya.

Kepada rakyat Pulau Pinang sedarlah kamu bukan sahaja di tipu tetapi sedang di rompak.

sumber

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels