Sebagai sebuah parti yang mengaku pejuang rakyat , DAP seharusnya memperlihatkan sikap yang jauh lebih profesional memandangkan mereka merupakan antara parti pelopor kepada kesamarataan.
Pada awalnya momentum kempen DAP di lihat umpama satu ombak besar ibarat Tsunami yang melanda Teluk Intan mungkin kesan daripada kemenangan Ramkarpal di Bukit Gelugor sebelum itu.
Namun kerana terlalu yakin dengan sambutan umpama selebriti terhadap Dyana Sofya , DAP hilang fokus malahan gerak kerja jenteranya di lihat banyak pihak merupakan antara penyebab kepada kekalahan DAP di Teluk Intan.
Sejak awal lagi ramai pemerhati politik melihat percaturan DAP meletakkan calon berbangsa Melayu di kawasan yang dulunya di tandingi oleh calon berbangsa cina daripada DAP bakal mewujudkan satu gelombang berbeza daripada Bukit Gelugor mahupun PRK-PRK sebelum ini.
Dan ternyata gelombang itu benar-benar berlaku sehingga melalaikan jentera DAP sendiri.
Tak perlu di ulas tentang sambutan dan gerak kempen Dyana Sofya cukup sekadar menyebut seolah-olah mengulangi sejarah pencalonan Dato Mashitah Ibrahim di Baling satu ketika dulu.
Rentak itu kemudiannya cuba di tambah dengan cubaan mewujudkan gelombang yang lebih besar apabila siri ceramah mega dengan kehadiran ribuan rakyat di anjurkan.Namun Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebenarnya tertipu dan di tipu hidup-hidup oleh jentera sendiri apabila sumber menyatakan kehadiran ribuan penyokong DAP memenuhi pentas-pentas ceramah mega yang diadakan di bawa daripada luar Teluk Intan.
Ada yang datangnya daripada Pulau Pinang , Selangor dan dari seluruh negeri Perak yang bukan pengundi pun.
Inilah antara kegagalan DAP sebenarnya , cubaan mengaburi mata rakyat serta pengundi di akar umbi sebenarnya tidak berjaya.Malahan kemantapan jentera Barisan Nasional yang melipat-gandakan usaha turun mendekati rakyat di lihat lebih berkesan.
Secara logiknya DAP dan pakar-pakar strategi mereka sudah tentu sedar dan tahu bahawa kedudukan Dyana Sofya belum benar-benar menggugat kedudukan calon Barisan Nasional.Namun kerana kesilapan strategi dan kelalaian jentera mereka yang terlalu mengagungkan Dyana menjadi penyebab kepada kekalahannya dengan majoriti tipis 238.
Malah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang turut melahirkan kekecewaannya apabila menyebut "Saya tidak mahu menyembunyikan rasa kecewa, tetapi perjuangan menuju ‘politik baru’ perlu diteruskan. Mungkin kita perlukan lebih masa dan usaha".
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang turut berhempas-pulas membantu kempen DAP di Teluk Intan turut mengakui bahawa faktor pemilihan calon adalah punca kepada kekalahan tersebut.
“Walaupun kalah, saya tak kesal dengan pilihan DAP kerana ini adalah yang terbaik untuk masa depan kita."
“(Keputusan) mengecewakan namun ia tetap berbaloi untuk mencuba, bagi mencipta Malaysia baru”
Kenyataan sinis yang sebenarnya mahu menutup kegagalan sendiri.
MMI
No comments:
Post a Comment