Followers

Sunday 13 July 2014

Bila Pak Mentua Pun TEGUR Nampak Sangat !!!!


Pandangan rakyat perlu diambil kira dalam soal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar (MB) Selangor dengan satu tinjauan umum perlu dilakukan bagi mengenal pasti siapa tokoh paling layak yang diinginkan oleh rakyat negeri berkenaan dan isu tersebut.

Itu pandangan Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood, bapa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mertua kepada Ketua Umum parti yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Dr Wan Ismail lagi, soal mengggantikan (MB) tidak harus berlandaskan kepada emosi kerana ia tidak mampu menyelesaikan masalah.

“Kita boleh buat tinjauan umum. Bergan‎tung pada pendapat rakyat keseluruhannya. Bila kita mendapat maklumat kolektif, kita ada panduan. Jadi itu perlu kita buat. Itu pada pandangan saya,” tegas Dr Wan Ismail, 89, yang pernah berkhidmat selama 20 tahun dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dr Wan Ismail ber‎kata, tinjauan umum bagi mengetahui aspir‎asi rakyat negeri Selangor itu penting terutamanya dalam menghadapi puak penyokong dan penentang calon menteri besar masing-masing.

‎”Jika ikut emosi, sudah pasti ada yang sokong dan ada yang tentang,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita The Malaysian Insider (TMI).

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang pada 5 Julai lalu berkata rakyat Selangor tak akan dibawa berunding mengenai calon MB pengganti Khalid.

Beliau betkata demikian bagi menjawap soalan wartawan sama ada rakyat Selangor akan dibawa berunding berhubung calon menteri besar jika benar khidmat Khalid tidak lagi dimahukan.

Menurut Anwar, perkara itu dicadangkan oleh beberapa pemimpin negeri berkenaan dan rundingan dengan rakyat keseluruhan tidak akan dibuat.

“Bagaimana untuk melakukannya (mengajak rakyat Selangor berunding)? Menjalankan kaji selidik? Ia terpulang kepada pemimpin parti dan para ADUN,” Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh mejelaskan.

Bagaimanapun sebelum itu pada 22 Jun lalu, PAS Selangor sudah mengeluarkan kenyataan bahawa suara dan pandangan rakyat perlu diambil kira jika mahu menggantikan MB.

Dalam satu kenyataan ketika wujud suara-suara daripada PKR, DAP dan PAS sendiri mahu Khalid diganti, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan sebarang perubahan besar termasuk membabitkan pertukaran Khalid perlu mendapat “restu” rakyat.

Iskandar memberi amaran jika rakyat tidak merestui pertukaran itu maka kesannya akan diterima oleh PR pada PRU akan datang.

Kebelakangan ini, wujud tekanan yang main kuat serta terbuka daripada puak tertentu dalam pakatan pembangkang termasuk pemimpin PKR sendiri yang menggesa agar Khalid berundur daripada jawatannya atas alasan gagal mengurus tadbir negeri dan mengendalikan isu kontroversi dengan baik.

Antaranya, Ahli  Parlimen PKR Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang terbaru dilaporkan berkata, kekalahan Khalid mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor di tangan S Manikavasagam memberi petanda bahawa beliau tidak lagi diterima di peringkat akar umbi perlu berundur dengan kadar segera.

Namun Khalid pula menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan agar meletak jawatan, dan akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa dengan kerjasama Exco Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Pada satu majlis berbuka puasa di Subang Jaya Selasa lalu, Khalid berkata beliau tidak gentar dengan rancangan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya oleh kalangan Ahli Dewann Undangan Negeri (ADUN) PR Selangor.

Semalam, ‎Anwar dilihat menukar nada apabila berkata perbincangan untuk menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor perlu dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik, terutamanya dalam urus tadbir kewangan negeri.bnbbc

Bagi MMI mudah , nak buat tinjauan umum macam mana kalau pemilihan sesama mereka pun kelam kabut ?

Hahaha hanya mereka yang bodoh pekak dan tuli sahaja akan kata PKR ni baguih !! 

MMI

1 comment:

  1. Salam Bro,Aku rasa yang paling baik sekali untuk memilih MB Selangor yang baru ialah dengan BUBARKAN Kerajaan Selangor dan buat Pilihanraya yang baru untuk Negeri Selangor.

    ReplyDelete

Labels