Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa isu mengenai status Akta Hasutan 1948 dan penggubalan Akta Keharmonian Nasional setelah saya menerima beberapa pertanyaan berhubung perkara ini. Pada masa ini, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan demi kepentingan rakyat Malaysia, adalah wajar isu ini diperjelaskan sebaiknya.
Seperti yang telah saya maklumkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa draf Rang Undang-Undang (RUU) Keharmonian Nasional tersebut sebenarnya belum lagi dimuktamadkan kerana ia masih melalui proses konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) di negara ini.
Saya difahamkan bahawa terdapat tiga (3) draf kerja (working draft) RUU tersebut berhubung keharmonian nasional telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau National Unity Consultative Council (NUCC). Namun, ia masih lagi kekal sebagai cadangan dan bukannya sesuatu yang telah dimuktamadkan oleh Kerajaan.
Justeru anggapan orang ramai bahawa draf RUU berkenaan telah siap dan akan dibentangkan oleh Kerajaan di Parlimen adalah tidak benar sama sekali. Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa mahupun menggubal sesuatu undang-undang yang boleh menggangu-gugat keharmonian negara ini.
Sesuatu draf RUU perlulah melalui proses penggubalan yang ketat dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Draf RUU perlu disemak dan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara bagi memastikannya adalah menepati prinsip undang-undang yang terpakai dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang lain yang berkaitan.
Menyorot latar belakang kepada perkara ini, pada 11 Julai 2012, YAB Perdana Menteri telah menyatakan hasrat Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan suatu Akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Objektif Akta Keharmonian Nasional bukan sahaja memperkasakan undang-undang tetapi juga untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin hak kebebasan bersuara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau National Unity Consultative Council (NUCC), yang diurus-setia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), agensi di bawah seliaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, telah menjalankan konsultasi dengan stakeholders termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mendapatkan input mereka.
NUCC adalah sebuah badan bebas yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan pada 11 September 2013 sebagai usaha penyatuan nasional untuk mengurangkan polarisasi antara kaum dan dalam usaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Badan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu kompleks di kalangan masyarakat Malaysia bagi merintis jalan penyelesaian dan merapatkan jurang yang menghalang perpaduan.
Melalui beberapa siri rundingan bersama stakeholders, Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah NUCC seterusnya menghasilkan tiga (3) draf RUU berkaitan keharmonian nasional untuk dipertimbangkan.
Hanya apabila selesai semua proses rundingan dan engagement, draf akhir RUU yang dicadangkan oleh NUCC akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperhalusi dengan lebih lanjut seperti mana proses penggubalan undang-undang yang diamalkan di negara ini. Kemudian, barulah ia boleh dibawa untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen.
Sehingga hari ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi berkuat kuasa sehinggalah tarikh pemansuhannya diumumkan kelak, iaitu setelah RUU Keharmonian Nasional, atau apa jua nama bersesuaian yang akan digunakan untuk akta itu kelak, diluluskan di Parlimen.
Saya telah diserahkan tiga (3) draf cadangan kerja RUU ini atas kapasiti saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang. Namun, ditegaskan bahawa input daripada draf-draf cadangan kerja berkenaan masih lagi sedang diteliti dan dikaji. Penyerahan draf cadangan kerja tersebut tidak bermakna kita harus dan akan bersetuju dengan segala cadangan yang diberikan.
Setiap cadangan yang dipertimbangkan akan mengambil kira segala aspek yang melibatkan kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini termasuk Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Sekiranya sesuatu cadangan itu adalah baik dan sesuai serta boleh dilaksanakan di negara ini, maka cadangan tersebut akan dipertimbangkan. Seperti yang telah dinyatakan, Kerajaan tidak akan sama sekali membelakangkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya berharap dengan penjelasan ini, ia dapat meredakan kegelisahan dan salah faham di kalangan rakyat berhubung isu-isu berbangkit daripada RUU Keharmonian Nasional dan pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakyat Malaysia dan mendoakan Malaysia terus kekal aman dan harmoni sentiasa.
Hajah Nancy Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1 Julai 2014.
Komen MMI , puak-puak yang suka kalut ni ampa pun tau sapa !! Sebab tu dalam apa pun yang berlaku kita kena siasat dan ambil tahu serba sikit jangan main hantam macam si Rafizi tu nanti KANTOI !!
MMI
Masa draf le nak kena bising. Kalau dah masuk patlen baru nak bising, tak guna dah kak oi.
ReplyDeletey silap mata apakah yang dimainkan oleh najib apabila dia melupuskan ISA.
ReplyDeleteperangkap apakah yang digunakan oleh najib apabila dia menghapuskan ordinan darurat.
tiada silap mata yang dimainkan. tiada perangkap yang dipasangkan. melainkan masyarakat malaysia yang terperangkap kerana penjenayah bersindiket dan ganas tiba2 dibebaskan dan mereka yang dalam proses tindakan di bawah akta tersebut dilepaskan. itulah silap matanya. itulah perangkapnya. memerangkap masyarakat kepada perbuatan dan kebebasan penjenayah melakukan jenayah.
apakah najib serik dalam melakukan kerosakan itu.
jawapnya tidak. cita2 nya untuk menjahanamkan negara belum tercapai. ada akta yang begitu kuat mengjaga hak melayu dalam perlembagaan belum dipadamkan, akta hasutan. makanya dengan idea menghapuskan akta hasutan mkpn ditubuhkan. mereka yang berfikiran liberal dipilih. mereka yang anti melayu dilantiknya. majlis peguam yang menentang kerajaan diamanahkan merangkanya. samada muktamat atau tidak itu bukan persoalannya. persoalannya kenapa najib beria-ia menghapuskan akta hasutan. sedangkan akta ini adalah pasak dan sendi kepada perlembagaan yang mengjaga hak melayu.
kita lihat akta perhimpunan awam yang digubal oleh najib. hakim telah merumuskan bahawa pensalah dibawah akta ini tidak melakukan sebarang kesalahan dengan ayat yang ringkas - ketidakakuran bukanlah perlanggaran undang2. itulah akta yang najib banggakan. akta yang mana pensalah tidak akan dihukum kerana kesalahannya. itulah akta yang akan dibuat bagi mengantikan apa. makanya kita janganlah hairan apabila biro bantuan guaman diperkasakan dalam membantu penjenayah. maka kita janganlah pelik apabila bar council diamanahkan merangka undang2 baru dan bukannya mereka yang berkhidmat di jabatan peguam negara.
kenapa aktiviti judi bersindeket, kegiatan pelacuran kini bebas dan betani melakukan kegiatan tak bermoral itu. jawapannya ini juga adalah hasil usaha keras dan bersungguh2 najib menghapuskan akta pengcegahan yang membolehkan pensalah kes tersebut dibuang daerah atau dikenakan tahanan di penjara tanpa bicara. sampai sekarang penjenayah itu berani melakukan kesalahan kerana tiada lagi undang2 digubal untuk mengambil tindakan ke atas mereka. sekalung tahniah dan syabas untuk najib di atas jasa baiknya itu.
save this country from najib and his agenda.