Agak pelik MMI tengok puak-puak DAPigs ni khususnya Kit Siang , sejak kalah di Teluk Intan mereka seolah-olah meracau dan mula melakukan strategi yang dilihat mampu menyebabkan parti DAP berkocak dalam sedikit masa lagi.
Perhatian terhadap Dyana Sofya sebenarnya sudah pun menggerakkan lebih ramai ultra kiasu di luar sana yang selama ini berdiam diri dalam DAP untuk bangun mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti kerana dilihat terlalu keMelayuan dan cukup berbeza daripada sebelum-sebelum ini.
Mungkin DAP punya perubahan dari segi landskap dan juga struktur politiknya tetapi sesuatu yang tidak dihebohkan adalah berlaku rungutan dan rasa tidak selesa di kalangan ultra kiasu dalam DAP dan bilangannya semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Dan ianya semakin jelas apabila Kit Siang sendiri sudah mula mengesahkannya walaupun tidak secara terang-terangan.
Pakatan Rakyat (PR) akan hanya kekal untuk satu Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja andainya gagal untuk terus mendapatkan kepercayaan rakyat Malaysia selain memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus kerjasama sedia ada.
Pandangan diutarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya semasa menghadiri majlis makan malam DAP Melaka bagi memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh serta memperingati ulang tahun ke-30 ‘Kempen Selamatkan Bukit China’ pada Jumaat.
Kata Lim, selepas setahun berlalu sejak PRU13 pada Mei tahun lepas, penyokong PR mula mempersoalkan mampukah PR dapat terus berdiri kukuh untuk menghadapi PRU seterusnya.
“Rakyat Malaysia menantikan PRU seterusnya dengan penuh harapan dan mengharapkan akan ada perubahan pada kerajaan persekutuan tetapi dapatkah PR bertahan sehingga PRU14?” tanya Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Lim, pada penghujung 2011, PR berdepan dengan krisis mengenai hudud dimana ia telah menimbulkan perdebatan di antara barisan kepimpinan DAP, PAS serta PKR tetapi mereka berjaya mencari penyelesaian iaitu dengan memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus PR.
Persetujuan oleh Majlis Kepimpinan PR menegaskan bahawa hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat dan sebarang perubahan dasar dalam PR perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti.
“Seperti saya katakan sebelum ini, jika hudud menjadi isu kontroversi pada PRU13 lalu, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat dua per tiga majoriti di Parlimen, malah Pakatan Rakyat mungkin kehilangan Selangor selain Kedah dan Johor akan kembali menjadi negeri ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional,” tambahnya.
Katanya lagi, pengundi tidak mahu Pakatan Rakyat menerima nasib seperti Barisan Alternatif sebelum ini yang hanya kekal untuk satu pilihan raya sahaja.
Dalam PRU13 tahun lalu, Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi DUN dimana ia menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Apa yang pasti teman-teman MMI sendiri sama ada melalui kenalan mereka mahupun ada yang secara langsung bersuara dengan MMI menyatakan rasa ketidakselesaan mereka dengan situasi terkini.
Memandangkan DAP sudah mula hilang taring DAPigsnya maka imej serta maruah DAP kini sudah mula dicarik-carik oleh orang sendiri.
Dengar khabar sudah ada gerakan untuk kembalikan DAP kepada perjuangan asasnya dengan menolak mereka-mereka yang kini sudah terlalu gila kuasa sehingga hilang pendirian serta perjuangan.
Kita tunggu tengoklah !!
MMI
No comments:
Post a Comment