Followers

Thursday, 3 July 2014

Nah Ambik Ang Tindakan DISIPLIN !! Hmm Setakat Mana tu ??


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari bakal berdepan tindakan disiplin gara-gara mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Shamsul Iskandar dan Amiruddin, yang dikaitkan dengan kem Azmin, kini sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatan yang disandangnya.

Selain itu, bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin turut berhadapan tindakan sama kerana mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang penyokong Timbalan Presiden PKR.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.astroawani 

Bukan main lagi desak sana desak sini sekarang ni bakal hadapi tindakan disiplin.Tapikan MMI dapat rasa macam semua ni plan punya cita.Alah dah memang PKR Selangor makin terok sapa buta politik ja tak dapat rasa.Jadi untuk cover apa yang patut kasi masuk badan disiplin senang nak cuci !

Hihi ampa rasa semua tu betoi ka ??? hihihi...

Baca juga artikel kat SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels